Nilai Pasaran Luqman Hakim RM247,000

Nilai pasaran penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin, 18 tahun menurut laman bola sepak Transfermarkt kini €50,000 (RM247,00) selepas beliau menandatangani kontrak lima tahun bersama KV Kortrijk.

Dalam satu majlis yang berlangsung di ibu negara pada 6 Ogos lalu, bekas pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu sah menjadi milik pasukan dari Belgium tersebut.

Mengikut perancangan sebelum ini, Luqman ditawarkan kontrak untuk bermain dengan KV Kortrijk pada September lalu dan akan menyertai kelab tersebut pada Mac selepas genap berusia 18 tahun dan akan menjalani latihan selama tiga bulan di Cardiff City bermula Disember sebelum terbang ke Belgium.

Nilai Pasaran Luqman Hakim RM247,000 1
Sumber: Borneo Post

Namun pelbagai isu timbul menyebabakan perancangannya tergendala antaranya visa dan penularan wabak COVID-19.

Menurut pemilik kelab KV Kortrijk, Tan Sri Vincent Tan, beliau terpaksa meyakinkan pihak pengurusan yang berpendapat bahawa beliau masih terlalu muda untuk diberikan kontrak profesional.

BACA: Selain Ronaldinho, Ini Antara Bintang Lagenda Bola Sepak Yang Diisytihar Muflis

Luqman kini mempunyai nilai pasaran setinggi RM247,000 digilap bakatnya menerusi Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) menjadi pemain bola sepak pertama dari Malaysia yang beraksi di liga divisyen utama Eropah.

Biarpun belum terbang ke Belgium, nama Luqman sudah mula dikenali di Eropah selepas tercalon dalam 80 bintang muda bagi anugerah Golden Boy musim 2019/2020 oleh portal bola sepak Belanda, 433.

View this post on Instagram

Who will win the 2020 Golden Boy Award ⁉️

A post shared by 433 (@433) on

Sebelum ini beliau pernah disenaraikan dalam 60 pemain terbaik dunia oleh portal The Guardian bersama empat pemain Asia yang lain.