Nilai Kekayaan Pengasas Amazon.com Semakin Meningkat Ketika Pandemik COVID-19

Nilai Kekayaan Pengasas Amazon.com Semakin Meningkat Susulan Pandemik COVID-19

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Nilai kekayaan pengasas Amazon.com, Jeff Bezos semakin meningkat berikutan wabak pandemik COVID-19.

Pandemik COVID-19 yang melanda di 210 buah negara di dunia dan dua kapal persiaran antarabangsa telah memberikan kesan kepada seluruh penduduk dunia. Banyak perniagaan yang terpaksa ditutup akibat daripada hilang punca pendapatan dan mengalami kerugian.

Dengan mengamalkan perintah kawalan pergerakan mahu pun perintah berkurung, sebahagian besar penduduk dunia banyak menghabiskan masa di rumah bagi memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19. Tanpa sedar, ini menyebabkan beberapa individu terutamanya yang mempunyai perniagaan dalam talian boleh menjana keuntungan yang berlipat kali ganda.

Ini termasuklah pengasas Amazon.com, Jeff Bezos.

Amazon Hanya Tawarkan Penghantaran Percuma Ke Israel Tidak Palestin

Saham Amazon.com yang meningkat naik 5.3% menjadikan nilai kekayaan beliau pada sebelum ini sebanyak USD124.7 bilion meningkat kepada USD138.5 bilion.

Walaupun nilai bersih gabungan 500 orang terkaya dunia merosot kepada USD553 bilion pada tahun ini, namun data Indeks Billionaires Bloomberg pada 23 Mac lalu menunjukkan peningkatan sebanyak 20%.

https://www.facebook.com/odisimy/posts/1619861774813699

Selain daripada Bezos, pengasas aplikasi Zoom, Eric Yuan juga berjaya mencatatkan peningkatan pendapatan yang mana dalam masa tiga bulan sahaja, beliau berjaya menjana sebanyak USD4 bilion. Ini kerana dengan amalan penjarakkan sosial, masyarakat dunia memilih untuk terus berhubung menggunakan alam maya seperti aplikasi penstriman video Zoom.

BACA: Pengasas Zoom Jana USD4 Bilion Dalam Masa Tiga Bulan Susulan Pandemik COVID-19

Amazon sebelum ini berdepan dengan kontroversi yang mana hanya akan menawarkan penghantaran percuma jika rakyat Palestin meletakkan alamat Israel sebagai lokasi penghantaran. Jika tidak, pelanggan akan dikenakan bayaran sehingga RM99 untuk satu-satu penghantaran.

Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada pertengahan Februari lalu mendedahkan senarai 112 syarikat yang terbabit dengan aktiviti di penempatan Israel dan Amazon tidak termasuk di dalamnya.

Sumber: Berita Harian