Nilai Di Sebalik Syiling Emas Dalam Dunia Ekonomi John Wick 2

Nilai Di Sebalik Duit Syiling Emas Dalam Dunia Ekonomi John Wick

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pernah anda terfikir berapa sebenarnya nilai syiling emas dalam siri filem aksi John Wick?

Siri filem aksi John Wick bukanlah sekadar aksi pergaduhan biasa, tetapi merungkap sisi dunia John Wick yang terlibat dalam dunia pembunuh upahan.

BACA: Hari Keanu Reeves: Matrix 4 Dan John Wick 4 Kongsi Tarikh Tayangan Yang Sama

Walaupun kehidupan mereka yang terlibat dalam komuniti ini adalah sama seperti orang biasa, namun operasi yang terlibat di dalamnya adalah jauh lebih besar daripada apa yang terlihat.

Pembayaran bagi setiap kerja yang dilakukan tidak menggunakan wang tunai semasa sebaliknya syiling emas sebagai pertukaran nilai untuk pembelian senjata api, penginapan di hotel dan sebagainya.

John Wick 3 Parabellum 1

Dalam ketiga-tiga siri filem John Wick, penggunaan syiling emas seakan ditekankan dan pada siri ketiga, John Wick 3: Chapter 3 – Parabellum sendiri ada menceritakan bagaimana  ianya mula digunakan dalam komuniti mereka.

Berdasarkan ukuran tukaran semasa, setiap satu keping syiling emas itu jika ditukarkan kepada syiling biasa boleh dianggarkan bernilai sekitar $2,000.

Dalam dunia sebenar, kertas dan logam digunakan sebagai wang yang tidak mempunyai nilai intrinsik. Namun dalam dunia John Wick, syiling logam disalut emas ini lebih menarik penggunaannya.

Nilai Di Sebalik Syiling Emas Dalam Dunia Ekonomi John Wick

Ianya bukan hanya dilihat sebagai simbol tukaran wang sebaliknya turut membawa kontrak sosial yang boleh menawarkan jaminan perkhidmatan daripada segi kepercayaan, kerahsiaan dan penghormatan antara pihak terlibat – penanda perjanjian berdarah.

Tawaran tersebut adalah sesuatu yang mustahil untuk ditolak kerana disertakan dengan janji keselamatan dari High Table, pihak autoriti yang paling tinggi dalam dunia pembunuh upahan yang tidak boleh dibeli dengan wang biasa.

Nilai Di Sebalik Syiling Emas Dalam Dunia Ekonomi John Wick 1

Sebagai contoh doktor yang merawat John Wick telah menerima syiling emas daripada John Wick yang boleh digunakan sebagai mata wang tukaran untuk membeli bantuan daripada orang lain.

Oleh itu, dalam dunia ekonomi John Wick, nilai syiling emas adalah jauh lebih bernilai daripada sekadar pembayaran sesuatu perkhidmatan.