Nikah Ekspres, Modus Operandi Licik Lelaki Bangladesh Nikahi Wanita Tempatan Dengan Modal RM1,000

Nikah Ekspres, Modus Operandi Licik Lelaki Bangladesh Nikahi Wanita Tempatan Hanya Dengan Modal RM1,000

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Hanya dengan modal RM1,000, seorang lelaki warganegara Bangladesh boleh menikahi wanita tempatan dengan bantuan ‘tok kadi’ yang menawarkan perkhidmatan nikah ekspres.

BACA: Tekong Bawa Masuk 250 PATI Setiap Bulan, Terima Bayaran RM750 Seorang Sejak Dua Tahun Lalu

Khidmat ‘tok kadi’ yang juga warganegara Bangladesh ini digunakan adalah kerana mereka terdesak mahu tinggal lebih lama di Malaysia selain daripada memudahkan mereka untuk menggunakan identiti wanita tempatan bagi urusan perniagaan yang dijalankan.

Menurut sumber Harian Metro, sebuah rumah pangsapuri di Seksyen 25 dijadikan sebagai markas aktiviti tersebut dijalankan susulan ramai warga asing terutamanya warga Bangladesh, Myanmar dan Nepal menetap di sana sejak beberapa tahun lalu.

Modus operandi itu dikesan pihak Pertubuhan Aduan Masyarakat dan Pengguna Selangor susulan tersebarnya satu video di laman media sosial sejak beberapa minggu lalu.

Menurut Pengerusi pertubuhan tersebut, Datuk Nazilah Idris, hasil daripada maklumat yang diterima daripada persatuan penduduk pangsapuri, dua lelaki Bangladesh dalam video tersebut telah menyewa di sebuah rumah sejak beberapa tahun lalu namun kegiatan ‘nikah ekspres’ itu hanya diketahui baru-baru ini.

Pendapatan RM2,500 Miskin Bandar

Kebiasaannya menyasarkan wanita tempatan berusia untuk dinikahi, wanita warga tempatan itu dikatakan menerima nafkah bulanan kerana membenarkan identiti mereka digunakan dalam permohonan lesen.

Aktiviti tidak bermoral itu hanya diketahui selepas pihak berkuasa tempatan (PBT) menyita perniagaan yang diusahakan warga asing termasuklah individu yang menyalahgunakan permit kerja.

Tambah Nazilah, aktiviti ini perlu dikekang secara menyeluruh kerana pernikahan tersebut jelas tidak menepati syarat sah seperti yang ditetapkan itu dikhuatiri akan memesongkan akidah umat Islam.

Bermacam-macam modus operandi yang digunakan warga asing demi melebarkan sayap perniagaan mereka di Malaysia. Antara yang sudah berjaya dikantoikan adalah modus operandi untuk mendapatkan tapak di Pasar Borong Kuala Lumpur sehingga sanggup membayar sehinggga RM1juta kepada warga tempatan yang juga pemegang lesen yang sah.

BACA: Satu Tapak Niaga Pasar Borong KL Boleh Dijual Sehingga RM1 Juta Kepada Warga Asing

Mahu mengaut untung mudah dan cepat, pemegang lesen akan menguruskan segala urusan berkaitan lesen dan permit pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengelakkan kegiatan mereka sukar dikesan.