newFile-3

‘Night Stalker: The Hunt for a Serial Killer’ Cerita Mengenai Mangsa Pembunuh Bersiri Ramirez

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Masihkah anda ingat mengenai pembunuh bersiri yang dikenali sebagai The Night Stalker?

Kisahnya pernah kami ceritakan dalam artikel ini: ‘The Night Stalker’ Korek Mata Mangsa Untuk Dibawa Pulang Bersama Barang Rompakan

Kisah Richard Ramirez yang terlibat dalam pembunuhan  13 individu, lima cubaan membunuh, 11 serangan seksual dan 14 kes pecah masuk rumah sekitar California pada tahun 1984 hingga 1985 dalam tempoh 14 bulan nyata mengejutkan ramai.

‘The Night Stalker’ Korek Mata Mangsa Untuk Dibawa Pulang Bersama Barang Rompakan 2

Dalam siri dokumentari arahan Tiller Russell, kisah ini dilayarkan ke platform penstriman dalam talian, Netflix dalam satu siri pendek empat episod.

Namun fokus dokumentari ini bukanlah pada si pelaku sebaliknya kepada mangsa-mangsa beliau.

BACA: Kisah Kehilangan Elisa Lam Dalam Siri Dokumentari Netflix ‘Crime Scene: The Vanishing at the Cecil Hotel’

Untuk pengetahuan anda, Ramirez mula terjebak dalam aktiviti keganasan apabila bergaul dengan sepupunya, Miguel sebelum melakukan pembunuhan pertamanya pada seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun.

Yang mengerikan, mangsa bukan sahaja dibunuh, malah dipukul, dirogol dan ditikam sehingga mati sebelum digantung pada satu batang paip di sebuah bahagian hotel.

Sebelum anda tonton siri ini di Netflix, apa kata anda tonton dahulu trailernya di pautan bawah: