‘Night In Paradise’ Filem Kongsi Gelap Dengan Genre ‘Slow-Burn’ Korea Yang Epik 1

‘Night In Paradise’: Filem Epik Kongsi Gelap Dengan Genre ‘Slow-Burn’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Night in Paradise, filem epik genre kongsi gelap.

Genre slow-burn horror merupakan satu genre yang semakin luas diperkenalkan dalam industri perfileman global.

Membangunkan cerita dengan perlahan tetapi tahap seramnya semakin meningkat dan memberikan kesan ketakutan kepada penonton, filem Night in Paradise yang baru sahaja ditayangkan di Netflix merupakan genre yang menarik untuk ditonton.

‘Night In Paradise’ Filem Kongsi Gelap Dengan Genre ‘Slow-Burn’ Korea Yang Epik 3

Night in Paradise mengisahkan mengenai Park Tae-goo, salah seorang ahli kongsi gelap yang melarikan diri ke Pulau Jeju selepas membalas dendam atas kematian kakak dan anak saudaranya yang menjadi mangsa pembunuhan terancang.

BACA: 5 Filem Korea Selatan Yang Diadaptasi Daripada Kisah Jenayah Sebenar

Namun Tae Goo tersalah langkah apabila ketua kumpulan yang dibunuh beliau sebenarnya tidak bersalah.

Dikejar ahli kumpulan yang mahu membalas dendam, di Pulau Jeju Tae Goo bertemu dengan seorang wanita yang sedang menanti saat kematian akibat sakit yang dihadapi.

‘Night In Paradise’ Filem Kongsi Gelap Dengan Genre ‘Slow-Burn’ Korea Yang Epik 2

Mendapat respon yang positif, filem ini dipuji bukan sahaja kerana plot yang disusun terlihat bagus tetapi juga daripada segi pembangunan watak-watak di dalamnya.

Diarahkan oleh Park Hoo Jung, pengarah yang pernah terlibat dalam penulisan filem thriller,  I Saw the Devil (2010) dan The Unjust (2010), Park Hoo Jun mula dikenali sebagai pengarah yang berjaya mengangkat konsep kumpulan kongsi gelap dalam satu tahap berbeza selepas filem epik gangster, New World (2013) arahan kedua beliau mendapat liputan meluas di dalam dan luar negara.

Dibarisi pelakon hebat iaitu Uhm Tae Goo, Jeon Yeo-been dan Vha Seung Won, tonton trailer filem Night in Paradise di pautan bawah: