Nicki-Minaj

Nicki Minaj Cetus Kontrovesi, Bakal Adakan Konsert Di Jeddah

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Semalam, penganjur Jeddah World Fest mengumumkan bahawa bintang hip hop dari Amerika, Nicki Minaj bakal mengadakan persembahan di festival yang terletak di Arab Saudi.

Konsert yang bakal diadakan pada 18 Julai di King Abdullah Sports Stadium di bandar Laut Merah itu menimbulkan kemarahan orang ramai kerana telah ‘melanggar’ sekatan kerajaan pada dunia hiburan di sana dan beberapa sebab yang lain.

Walau bagaimanapun, konsert tersebut akan diselaraskan dengan undang-undang Arab iaitu bebas alkohol dan dadah serta hanya akan dibuka kepada individu berusia 16 tahun ke atas.

Nicki Minaj yang terkenal dengan imej seksi, lirik lagu berunsur lucah dan fesyen provokatif luar biasa banyak kali menimbulkan kontrovesi sama ada di dalam klip video muzik atau pun persembahan nyanyiannya kerana mempunyai unsur-unsur negatif.

Nicki-Minaj 1

Konsert yang akan disiarkan secara global itu akan dicover oleh MTV turut menjemput beberapa artis lain seperti Liam Payne dan DJ Steve Aoki.

Dalam beberapa bulan sebelum itu, Arab Saudi telah ‘dikunjungi’ persembahan oleh Mariah Carey, Enrique Iglesias, Sean Paul serta DJ David Guetta dan Tiesto.

Seorang wanita di laman Twitternya telah mempersoalkan tindakan pihak penganjur yang dirasakan sangat tidak rasional.

Adakah selepas ini, negara Arab Saudi yang dikenali sebagai negara Islam itu akan makin hilang nilai Islamnya?

Sumber: Time