
NGO Bantah Lesen Tangkapan Golongan Transgender Kepada JAWI
NGO bantah lesen tangkapan golongan transgender.
Nampaknya tidak semua senang dengan kebenaran lesen yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam ‘menangkap’ golongan transgender di Malaysia.
BACA: JAWI Diberi Kuasa Penuh Untuk Tangkap Golongan Transgender – Dr Zulkifli
Sebuah kumpulan hak asasi wanita, Sister in Islam (SIS) menyuarakan kebimbangan bahawa tindakan kebenaran tersebut akan membawa kepada lebih banyak keburukan daripada kebaikan.
Kata SIS, golongan ini sudah berdepan dengan diskriminasi, stigma, gangguan dan ketidaksamaan secara sistematik dan lesen yang diberikan kemungkinan akan menyebabkan lebih ramai transgender menghadapi gangguan seksual dan ‘serangan’ pihak berkuasa agama.
Meminta belas kasihan daripada kerajaan, SIS merasakan penguatkuasaan untuk mendidik komuniti transgender kembali ke pangkal jalan hanya akan meningkatkan stigma dan memburukkan serangan kepada mereka menjadikan mereka lebih mudah terdedah kepada keganasan selain daripada ancaman nyawa.
Menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook Dr Zulkifli Jumaat lalu, lesen berkenaan diberikan dengan tindakan yang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
https://www.facebook.com/drzulkiflialbakri/photos/a.654471384616667/3480253228705121/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARD7QikSN0zfWBFf2nFiIQqabG9vEqwklqt8U04ujwTTS12gLNUoUguIlW__yu0WxTmKvScHUasj-ufRZBgzHZt6dDuEXrinSAlI8DlHc1dWVQbsa34x5u1fhgWIZpTDo7F05PMy9pjDTTe3xh46qzJEiWSQBIp5Zs5IpIbTDhLysBekC9qUOjQVdN3c4bPOq7ojg87-G-Z-XXak8OGGbSiPuPxXa_R4jf95qxyr4CEaKql-e8154diamZCYcv0J6syqMVcbUl8syYtiUphko_NJfIkwR9CQb27tYt-6hMLcdggBuaj9OyOD_ZztQnFYQ62HEwFlWM6B1lXBdWbWq5zkvw&__tn__=-R
Golongan transgender yang ditangkap pihak JAWI tidak hanya akan ditangkap semata, tetapi akan diberikan pendidikan dan tarbiyah dengan cara paling berhikmah supaya kembali ke pangkal jalan.
SIS merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan yang dianggotai sekumpulan wanita profesional beragama Islam yang memperjuangkan hak-hak wanita dalam Islam selalu menekankan pentingnya untuk mentafsir semula Qur’an dan hadith mengikut konteks sejarah dan budaya.
Kumpulan yang diterajui oleh Marina Mahathir ini berdepan dengan pelbagai kontroversi antaranya dakwaan secara terbuka menyebarkan agenda pemikiran liberalisme dan pluralisme yang menyeleweng daripada ajaran dan aqidah Islam.