‘New Gods Nezha Reborn’, Permulaan Baharu Mitos Semesta

‘New Gods: Nezha Reborn’, Permulaan Baharu Mitos Semesta

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Filem aksi animasi New Gods: Nezha Reborn merupakan filem animasi 3D China yang diarahkan oleh Zhao Ji dan ditulis Mu Chuan berdasarkan watak Neza dari Dinasti Mng dalam novel Ivestiture of the Gods.

Dalam filem ini, Nezha dilahirkan semula sebagai Li Yunxiang di sebuah bandar fiksyen Donghai (Shanghai pada tahun 1920-an) dan mesti menyelesaikan dendam yang sudah disimpan selama 3,000 tahun dengan kerabat Naga, sebelum beliau ‘dihidupkan semula’.

‘New Gods Nezha Reborn’, Permulaan Baharu Mitos Semesta 1

Filem animasi ini bagaimanapun tidak berkait dengan filem animasi Ne Zha (2019) kerana berasal daripada penerbit dan pengedar yang berbeza. Namun keduanya berdasarkan novel yang sama.

Dilakonkan suara oleh Yang Tianxiang (Li Yunxiang) dan Zhang He (lelaki bertopeng) untuk bahasa Mandarin, filem ini berjaya mengutip USD21.3 juta pada minggu pembukaannya.

Sebelum tonton filem animasi ini di Netflix, apa kata anda tonton dahulu trailernya di pautan bawah: