
Netizen Terkesima Lihat Fenomena Ganjil, Hanya Sebuah Kereta Ditimpa Hujan
Kejadian hujan hanya menimpa sebuah kereta di suatu kawasan parkir terbuka di Kabupaten Bekasi, Jawa Barat, Indonesia baru-baru ini merupakan fenomena alam yang jarang berlaku di dunia.
Rakaman video tular dalam media sosial ini membuatkan orang ramai terkesima dengan kejadian aneh kerana hanya membasahi sebuah kereta sedangkan deretan kenderaan yang lain kering.
Dalam video yang dikongsikan @uryanriana di TikTok, seorang pemuda bersungguh-sungguh memberitahu kepada orang ramai bahawa hujan itu hanya terkena sebuah kereta jenis Toyota Innova hitam sahaja.
Lebih mengejutkan, hujan ‘ekslusif’ itu berlaku dalam tempoh yang lama membuatkan orang ramai terpinga-pinga.

“Allah maha kuasa, hujan hanya untuk satu kereta sahaja,” tulis kapsyen video tersebut.
Dia turut menunjukkan visual kereta di sekeliling Innova berkenaan yang langsung tidak terkena hujan. Video tular itu disaksikan lebih 14 juta tontonan sejak dimuat naik.
“SubhanAllah, dengan kekuasaan Allah seperti ini sahaja kita sudah terkagum, sedangkan masih banyak lagi kekuasaan yang lebih besar.”
“Hujan itu rezeki, positif thinking saja mungkin pemilik kereta rajin beribadah, rezeki selalu mengalir kepadanya… semoga kita semua selalu dilimpahi rezeki juga.”
@uryanriana
Badan Meteorologi beri penjelasan
Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BKMG) menjelaskan awan yang membentuk hujan sememangnya hanya tertumpu di wilayah Cikarang sahaja berdasarkan pemantauan keadaan cuaca.
Bagaimanapun, BKMG juga mengatakan bahawa perlunya ada kajian khusus mengenai peristiwa tersebut.
“Hal tersebut biasa terjadi, tetapi perlu dikaji lagi apakah ia benar-benar disebabkan oleh hujan atau hal lain,” katanya.
Sebelum ini, pernah tular fenomena sebegini di Indonesia pada tahun 2017 yang mana ketika itu hujan hanya menimpa di sebuah rumah selama kira-kira enam jam.
Ketika kejadian cuaca di kawasan tersebut panas dan kering malah rumah di sekelilingnya tidak ditimpa walau setitik hujan pun.
BACA: Penduduk Di Indonesia Terkejut Matahari Terbit Sebelah Utara
Sumber: Detik News
Trending now



