Netizen Terkejut Harga Planta Pada Tahun 1982 Semurah 60 Sen

Netizen Terkejut Harga Planta Pada Tahun 1982 Semurah 60 Sen

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Netizen terkejut harga planta pada tahun 1982 semurah 60 sen.

Iklan memainkan peranan penting kepada sesuatu jenama keran merupakan salah satu cara pemasaran paling berkesan.

Baru-baru ini, iklan planta pada tahun 1982 kembali tular dan dikongsikan secara meluas di laman media sosial.

Netizen Terkejut Harga Planta Pada Tahun 1982 Semurah 60 Sen

Iklan ini mendapat perhatian kerana planta pada ketika itu boleh dimakan begitu sahaja tanpa tambahan makanan lain seperti roti atau biskut.

Malah netizen terkejut kerana harga planta yang jauh berganda lebih murah dari sekarang.

https://twitter.com/pedoqpop/status/1298789535141122048

Boleh dikategorikan sebagai iklan rare, Planta sehingga ke hari ini berjaya mengukuhkan namanya sebagai pilihan utama orang ramai biarpun sudah hampir 90 tahun menapak di Malaysia.

https://www.facebook.com/PlantaMalaysia/photos/a.1531058920491959/1571436029787581/

Digunakan sebagai bahan dalam masakan dan bahan penyedap makanan, planta mengandungi vitamin A, D, E, B1, B2, B6, B12, asid folic dan niacin.

Mendapat reaksi pelbagai daripada netizen, rata-ratanya terhibur dengan ‘kejujuran’ mereka yang mencuba. Dialog yang dituturkan juga berjaya menarik perhatian netizen.

https://twitter.com/nisajz/status/1298998747649646592

Bercakap mengenai iklan, tahukah anda, seorang lelaki berjaya bertemu dengan calon isterinya selepas menggunakan iklan sebagai platform mencari jodoh.

BACA: Lelaki Cari Jodoh Guna Iklan Gegantung Bakal Tamatkan Zaman Bujang Aidiladha Ini

Tidak tahan ditanya soalan sama, Nooraziro nekad mencari jodoh dengan menggantung gegantung di tepi jalan sebagai langkah terakhir untuk mendapatkan isteri. Beliau yang bekerja sebagai tukang rumah tidak meletakkan syarat untuk calon jodohnya asalkan mereka boleh menerima dirinya seadanya.

Tidak kisah dilabel terdesak, langkah menggantung gegantung di kawasan Kuala Dungun nyata berhasil apabila ramai yang menghubunginya dan memaklumkan berminat mahu mengenalinya.