
Netizen Terkejut Dan Sedih Lihat Gambar Longgokan Kayu Hanyut Selepas Banjir Di Pahang
Gambar Longgokan Kayu Hanyut Selepas Banjir Di Pahang.
Walaupun banjir akibat hujan lebat hujung minggu lalu kebanyakannya telah surut, mangsa masih berdepan banyak kesukaran dalam membina semula kehidupan.
Dilaporkan sebanyak 6,785.3 tan metrik sampah yang terdiri daripada barangan kelengkapan rumah yang rosak akibat banjir di Pahang.
Lebih memilukan apabila melihat situasi selepas banjir lumpur mendapati penemuan luar biasa longgokan kayu di sepanjang Sungai Telemong, Bentong yang turut dikatakan telah menghalang aliran sungai di situ.
Himpunan gambar yang diambil oleh media memperlihatkan kedua-dua belah sungai dipenuhi serpihan kayu hanyut sehingga ke arah jambatan konkrit telah menyebabkan aliran sungai menjadi sempit sehinggan mengakibatkan penempatan penduduk kampung sekitar situ ditenggelami air.
Ia juga telah memusnahkan rumah di sepanjang tebing sungai dan timbunan kayu balak mengalir ke hilir sejauh beberapa kilometer sehingga ke Kampung Tanjung berhampiran pekan Karak.
Melihat foto-foto yang disebarkan dalam media sosial ini telah mencetuskan persoalan bagaimanakah perkara ini boleh terjadi.

Ramai sedia maklum mengenai musim banjir ini namun kejadian yang berlaku di sekitar Telemong, dengan bertan-tan kayu hanyut sehingga menutupi ketinggian rumah dan meninggalkan lumpur tebal ini dianggap luar biasa.
The damage in Karak is insane. Looking at all these houses, my heart just… I don’t know what to feel. I hope the families are safe and sound. Such major damage. What is the government even doing about this.. pic.twitter.com/rB3FFhObtS
— 🌙 (@OfficialJoannaJ) December 23, 2021
What actually happened??? Lumpur masuk dalam rumah sampai paras lutut.. 🤕
"Beribu-ribu batang kayu hanyut selepas banjir di pekan Karak, Bentong."
Foto NSTP/Farizul Hafiz Awang pic.twitter.com/RQwnDFMYPP
— Orang Kampong (@wanwanwan_wan__) December 28, 2021
Terdapat dakwaan pihak tertentu mengaitkan longgakan kayu termasuk bersaiz kayu balak berpunca kegiatan penerokaan hutan secara haram di kawasan itu hingga mengorbankan lima mangsa dan seorang lagi masih hilang.
Sebanyak 45 badan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti tempatan hari ini menggesa kerajaan mengadakan siasatan bebas serta mengambil tindakan segera terhadap mereka yang mungkin bertanggungjawab dalam kejadian bencana banjir lumpur bercampur batang kayu hanyut di situ.
Kata mereka, walaupun perubahan iklim dikenal pasti sebagai salah satu faktor penyumbang, pasti terdapat faktor-faktor lain yang memerlukan siasatan dan tindakan menyeluruh serta pantas oleh pihak kerajaan.

MB Pahang tunggu laporan siasatan
Melihat situasi yang berlaku itu, kerajaan negeri sedang menunggu laporan lengkap siasatan daripada Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), menurut Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Kerajaan Negeri Pahang menyalurkan bantuan wang ihsan sebanyak RM500 dan RM1,000 daripada kerajaan Persekutuan kepada setiap ketua isi rumah yang terjejas banjir.