
Netizen Terharu Pengantin Batalkan Majlis Kahwin, Lauk Kenduri Diagihkan Kepada Mangsa Banjir
Netizen Terharu Pengantin Batalkan Majlis Kahwin, Lauk Kenduri Diagihkan Kepada Mangsa Banjir.
Hujan yang berterusan sejak Jumaat lalu telah mengakibatkan beberapa kawasan di Lembah Klang telah dinaiki air dan setakat ini usaha menyelamatkan mangsa banjir masih diteruskan.
Klang dan Sepang merupakan dua daerah paling teruk terjejas banjir di negeri Selangor. Susulan itu, netizen di media sosial mula melancarkan tanda pagar #DaruratBanjir bagi menyampaikan maklumat berkenaan bencana ini supaya bantuan dapat diberikan dengan segera.
Banjir yang melanda ini juga turut membuatkan banyak aktiviti tergendala. Antara yang terkesan bagi mereka yang sudah merancang mengadakan majlis perkahwinan namun terpaksa dibatalkan atas perkara yang tidak boleh dielakkan.

Tular di media sosial sebuah video TikTok yang memaparkan majlis persandingan pengantin di Meru, Klang terpaksa dibatalkan berikutan tempat majlis itu dijadikan sebagai pusat penempatan mangsa banjir.
Namun, apa yang menjadi perhatian netizen apabila pihak pengantin mengambil inisiatif dengan mengagihkan menu yang ditempah katering kepada mangsa banjir di kawasan tersebut.
Difahamkan, jemputan pengantin pada awalnya seramai seribu tetapi dikurangkan kepada 300 orang namun disebabkan terkandas di situ maka makanan diagihkan kepada mangsa banjir.
Omg I dah viral hahahaha 😂 at first pengantin nak teruskan majlis from 1000 to 300pax. Last last semua stranded, then we both pihak decided apa kata 300pax tu bagi orang makan dkt pusat pemindahan. Alhamduillah semua setuju nak sedekah 🥰 semua dapat makan 😭🥺 https://t.co/jFEEFg45R5
— Erin ✨ (@rynsuhaimi) December 19, 2021
Foods supply from my catering team dah settle for today’s lunch yg makan lauk kenduri kahwin tu. Tak cukup actually and mmg memerlukan banyak makanan dan barang 😭 https://t.co/mDLD9hXMzq
— Erin ✨ (@rynsuhaimi) December 19, 2021
Menerusi video TikTok terbabit, dikatakan pengantin bersama-sama menolong mengagihkan makanan kepada mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan di situ.
@erinerene Mkn lauk kenduri majlis dibatalkan. Mkn dkt pusat memindahan banjir Meru, klang. Tq katering GGH #banjir #banjirklang #merubanjir #mangsabanjir
Usaha murni daripada pihak pengantin itu mendapat pujian ramai dan dalam masa yang sama turut mendoakan kebahagian pasangan pengantin dan kurniaan rezeki.
“Pasangan ini memulakan sesuatu yang membuka jalan keberkatan besar buat rumahtangga mereka kelak..takbir!”
“The most memorable wedding of the year.”
“Disebalik dugaan …Allah limpah rezeki pahala buat pengantin …Alhamdulilah”
“Ya Allah.. Lebih besar pahala jika sedekah ketika amat diperlukan.. Tahniah pengantin Dan keluarga… Allah pilih hambanya yang bertuah untuk berbuat baik.”