
Netizen Terharu Lihat Abang Kantin Bantu Murid Sekolah Rendah Beli Makanan
Musim persekolahan yang baru bermula pastinya kita akan dapat mendengar pelbagai karenah yang terjadi terutamanya kepada murid Tahun 1.
Antaranya pastilah karenah ketika murid Tahun 1 ini membeli makanan di kantin kerana ini mungkin merupakan pengalaman pertama mereka berinteraksi atau berjual beli ketika waktu rehat.
Tular satu perkongsian video di TikTok di Sekolah Kebangsaan Haji Salleh Masri, Kedah apabila seorang pengusaha kantin membuat hantaran di akaunnya, apex.20 (Abang Kantin) tentang karenah murid Tahun 1 membuat pembelian di kantin miliknya.
@apex.20 Baru sempat post firstday sekolah
Ramai netizen terharu dengan perkongsian abang kantin itu apabila baik hati untuk mengajar murid itu membuat pembelian, memulangkan baki dan ada kalanya membelanja murid yang kekurangan duit.
Jikalau anda perasan, di setiap wajah murid itu terdapat misai yang pastinya akan buatkan kita rasa kelakar.
Menurutnya, tujuan filter misai itu adalah supaya tidak nampakkan wajah pelajar secara asli.
Motif video adalah agar ibu bapa tahu bagaimana pelajar seawal usia 7 tahun menggunakan duit belanja yang diberi dan juga sebagai tauladan pekerja kantin di tempat lain juga.
Diharapkan juga kepada ibu bapa seeloknya untuk memberi duit belanja anak dalam nota RM1, supaya anak-anak cepat belajar nak bayar berapa dan baki berapa.
Kalau bagi nota RM5 atau RM10 sekeping, pasti mereka akan keliru.
BACA: Ibu Bapa Kecewa Meja Kantin Sekolah Kotor
Trending now



