Fungsi MySejahtera

Netizen Persoal Fungsi ‘Hotspot Tracker’ MySejahtera Walaupun Sudah Ada Kes, Ini Penjelasan KKM

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Netizen Persoal Fungsi ‘Hotspot Tracker’ MySejahtera Walaupun Sudah Ada Kes, Ini Penjelasan KKM.

Dalam tempoh seminggu, satu persatu pusat beli belah terkenal di sekitar Lembah Klang memaklumkan terdapat individu atau pekerja mereka didapati positif kes COVID-19.

Hal ini telah mengusarkan orang ramai kerana tempat-tempat tersebut merupakan kawasan tumpuan orang ramai yang sememangnya sukar untuk dielakkan.

Lebih merungsingkan apabila aplikasi yang dilihat wajib untuk dimuat turun oleh rakyat Malaysia iaitu aplikasi MySejahtera untuk memudahkan pengesanan dilaporkan tidak mengemaskini di bahagian Hotspot Tracker.

Susulan itu, netizen mempertikai kegunaan aplikasi MySejahtera dan ada yang mengatakan ia dilihat lebih kepada aplikasi check-in sesuatu tempat sahaja.

Seperti yang dimaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Mei lalu, rakyat boleh mengesan kes positif COVID-19 yang dilaporkan dalam lingkungan satu kilometer dari kawasan tertentu menggunakan ‘Hotspot Tracker’ menerusi aplikasi MySejahtera.

Ia bagi membantu orang awam untuk menjalankan aktiviti harian dan merancang perjalanan harian secara lebih berhati-hati selepas mengenal pasti kawasan berisiko.

Pada masa sama, rakyat disaran tidak melakukan perjalanan tidak perlu (non-essential travel) ke kawasan yang mempunyai risiko jangkitan COVID-19.

Berbalik kepada isu di atas, orang ramai mempersoal mengapa lokasi-lokasi yang dilaporkan mempunyai kes positif COVID-19 tidak ditandai sebagai kawasan panas.

Sehubungan itu, KKM tampil mengeluarkan kenyataan mengenai pertanyaan kegunaan Hotspot Tracker di aplikasi MySejahtera.

Fungsi MySejahtera
Sumber: KKM

“Untuk maluman semua, sesuatu kawasan dikatakan ada kes selepas siasatan terperinci oleh KKM. Kawasan yang menunjukkan terdapatnya kes setelah mengesahkan punca jangkitan atau kebolehjangkitan.

“Oleh itu, kesemua pusat membeli-belah bukan merupakan punca jangkitan mahupun ada potensi penyebaran virus COVID-19,” tulisnya.

BACA: Malaysia Masih Belum Menang, 5 Pusat Beli Belah Terkenal Dikesan Ada Kes COVID-19

Malaysia mula melaporkan peningkatan jumlah kes COVID-19 dan kemunculan kluster baharu awal bulan ini, yang kebanyakannya dikesan bermula dari Sabah.

Sumber: KKM