Malaysia Semakin Bertamadun Di Internet

Netizen Malaysia Semakin ‘Bertamadun’ Di Internet Tapi Kurang Baik Berbanding Tahun Lalu

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pengguna internet di Malaysia lebih baik berbanding pengguna internet di negara lain secara purata dunia.

Microsoft baru-baru ini telah berkongsi satu tinjaun Indeks Kesopanan Digital (Digital Civility Index) untuk tahun 2019 yang membabitkan 25 negara di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Tinjauan yang memperlihatkan tingkah laku orang ramai dan persepsi mengenai perlakuan pelayar dalam talian menunjukkan Malaysia berada di tangga ke-4 (tahun lalu di tangga ke-6). Ini memberi makna bahawa netizen Malaysia semakin bertamadun dalam talian berbanding negara lain.

Bagaimanapun, nilaian pada 2019 lebih satu mata berbanding tahun sebelumnya.

Indeks Kesopanan Digital Malaysia Buruk

Indeks kesopanan Malaysia kini ialah 59 markah, satu mata lebih buruk berbanding 58 markah tahun lalu.

Malaysia berada di belakang UK, Belanda dan Jerman dari segi kesopanan dalam talian tetapi di hadapan Amerika Syarikat. Manakala lima negara dengan tahap kesopanan dalam talian terburuk pula ialah Afrika Selatan, Peru, Colombia, Rusia dan Vietnam.

Isu yang ditimbulkan pada kali ini dalam kalangan netizen Malaysia ialah berkaitan dengan agama, politik, orientasi seksual, kaum dan rupa bentuk fizikal.

Indeks Kesopanan Digital Malaysia Buruk

Berdasarkan kajian, rakyat di negara ini terdedah kepada empat risiko dalam talian iaitu gangguan dalam talian, risiko mengganggu yang tidak diingini, risiko seksual dan risiko reputasi seperti doxxing (menyebarkan maklumat peribadi). Markah dikira berdasarkan respon dari 500 peserta dari setiap negara.

Data ini menunjukkan netizen Malaysia belum cukup memainkan peranan menjadikan internet sebagai medan yang lebih bermanfaat terutama bagi pelayar dalam kalangan generasi milenial.

Sumber: Microsoft