
Netizen Dedah Wanita Mengamuk Kereta Ditarik MBSA Alami Masalah Tekanan
Netizen dedah wanita mengamuk kereta ditarik alami tekanan perasaan.
Ada masanya hari yang kita lalui tidak indah. Petang semalam, tular rakaman seorang wanita yang mengamuk semasa keretanya ditarik oleh Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) di Bandar Baru Sungai Buloh atas kesalahan parkir di kawasan larangan.
Bertindak agresif, beliau telah melakukan tindakan di luar kawalan seperti meludah, mencampakkan kon jalan dan sebagainya pada pegawai MBSA yang bertugas.
BACA: Rakam Aksi Tembakan Rambang Di FB Live, Tentera Thailand Maut Ditembak
Ramai yang mengecam tindakannya yang dikatakan sebagai sesuatu yang tidak wajar dilakukan. Namun selepas membaca pendedahan daripada seorang individu yang mengenalinya, ramai yang meluahkan simpati pada wanita berkenaan.
Netizen dedah perkara sebenar
Kata sumber berkenaan yang diambil daripada Twitter, wanita berkenaan mengalami tekanan jiwa dan kejadian tersebut berlaku disebabkan mungkin beliau terlupa ambil ubat.


Pujian wajar diberikan kepada dua pegawai MBSA berkenaan kerana masih bersabar walaupun diserang secara fizikal oleh wanita berkenaan.
MBSA semasa dihubungi memberitahu, kejadian berkenaan tidak mematahkan semangat warga MBSA dalam meneruskan tugas seharian mereka kerana ianya merupakan sebahagian cabaran yang dihadapi semasa melaksanakan tugas.
Mendengarkan pendedahan ini, maka sewajarnya kita bersimpati dengan beliau dan mendoakan yang terbaik, bukannya mengeji serta menularkan perbuatan beliau.
Jadi netizen, bagaimana?
Sumber: MStar