
Netizen Dakwa Pasar Terpaksa Ditutup Selepas Pemimpin UMNO Dilapor Positif COVID-19
Netizen dakwa pasar terpaksa ditutup selepas AMT UMNO dilapor sah positif COVID-19.
Biarpun wabak pandemik COVID-19 masih lagi belum reda, kempen pilihan raya negeri Sabah (PRN) masih lagi diteruskan dalam keadaan yang meriah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
BACA: Menghampiri PRN, Tular Gambar Perkampungan Laut Sabah Yang Dipenuhi Sampah
Terbaharu, seorang Anggota Majlis Tertinggi (AMT) UMNO dilaporkan sedang menjalani kuarantin wajib bagi mendapatkan rawatan susulan di sebuah hospital di Kota Kinabalu selepas dilaporkan positif wabak tersebut.
Razlan Rafii dilaporkan dijangkiti COVID-19 selepas berkempen di Sabah dan pada Isnin lalu beliau memaklumkan sedang menunggu keputusan ujian lanjut saringannya, RT-PCR (plymerase chain reaction).
Dalam gambar tular di media sosial, Razlan dilihat berkempen tanpa mengikut SOP yang ditetapkan iaitu memakai topeng muka di kawasan awam yang sesak.


Bengang dengan tindakan tidak bertanggungjawab tersebut, ada sebilangan netizen dakwa penutupan tamu, gerai dan pasar malam di pekan Sipitang, Sindumin dan Mesapol secara serta merta adalah disebabkan beliau.

Kerana mangkuk ni tidak patuh SOP, 1 daerah susah. Hilang punca pendapatan. Mcm hijacking PRN pun ada, bagi takut org yg kerja di luar balik mengundi. pic.twitter.com/iGvdjXiV4s
— SincherBeadsCollection 🇲🇾 (@MisakSincher) September 22, 2020
Sudala majoriti yg bejualan di tamu tu rata2 warga emas, ni lagi seekor xpakai mask. SOP semua ko main radu ja. Dalam kepala otak dia paling penting bos dia nampak dia buat kerja.
— Edward Newgate (@EdwardN57528755) September 22, 2020
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan tarikh 26 September sebagai tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dengan hari mengundi awal pada semalam.
Menghampiri tarikh PRN, pastinya calon-calon sudah menetapkan strategi kempen mereka untuk tempoh 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding sehingga jam 11.59 malam 25 September depan.
Akan tetapi timbul beberapa isu yang kurang menyenangkan antaranya melibatkan kenyataan tidak sensitif sehingga menyinggung perasaan keluarga anggota ATM.