
Netflix Umum Bakal Hasilkan Siri ‘Live-Action’ One Piece Sebanyak 10 Episod
Netflix umum bakal hasilkan siri live-action One Piece.
Netlix semalam mengumumkan bahawa siri manga Jepun paling popular di seluruh dunia, One Piece akan diadaptasi kepada bentuk live action.
Siri yang mempunyai 10 episod ini merupakan karya manga terbaharu daripada Netflix selepas Cowboy Bebop.
Oda-sensei will oversee the live-action #OnePiece series by @stevemaeda and Matt Owens. @NXOnNetflix pic.twitter.com/rFrDOvakLc
— ONE PIECE(ワンピース) Netflix (@onepiecenetflix) January 29, 2020
One Piece yang ditulis oleh Eiichiro Oda (yang juga dilantik sebagai penerbit) telah terjual sebanyak 460 juta salinan di seluruh dunia dengan jumlah filem layar lebar yang dihasilkan sebayak 14 buah.
BACA: Bermula Februari, Kesemua Filem Ikonik Studio Animasi Ghibli Akan Berada Di Netflix
Terkini, filem terakhir adalah pada 9 Ogos 2019 dan manga One Piece kini sudah berada di bab 969.
Lebih dua dekad berada di pasaran dunia, pastinya akan ada beberapa perubahan dalam siri live action ini daripada cerita asalnya.
Jadi peminat One Piece sekalian, adakah anda sudah bersedia dengan apa yang Netflix umum kan ini?
Sebelum ini, Netflix mengumumkan kesemua filem ikonik studio animasi Studio Ghibli akan berada di platform berkenaan.
Sebut sahaja Studio Ghibli, ramai daripada kita akan terbayang filem-filem animasi lagenda Jepun seperti Spirited Away, My Neighbor Totoro dan Howl’s Moving Castle.
Mengambil inisiatif membawa filem-filem lejen ini ke platform penstriman dalam talian, Netflix semalam mengumumkan akan menyiarkan 21 buah filem keluaran Studio Ghibli bermula Februari ini selepas memperoleh hak penyiaran Oktober lalu.
Dalam masa tiga bulan, kesemuanya akan disiarkan menerusi tiga fasa yang mana kesemua filem ini turut disediakan dalam 28 bahasa dan dialih suara kepada 20 bahasa.
Sumber: VOX, Screen Rant
Trending now



