Netflix Tamatkan Siri Kontroversi, Messiah Selepas Satu Musim Sahaja

netflix messiah

Netflix telah mengumumkan untuk menamatkan drama bersiri Messiah untuk 1 musim sahaja.

Siri kontroversi ini dibintangi oleh Michelle Monaghan sebagai ejen CIA dimana beliau sedang menyiasat satu susuk tubuh yang dikenali sebagai Al-Masih, yang membina pengikutnya selepas mengumumkan dirinya diturunkan ke Bumi daripada kuasa yang lebih besar.

Dalam Islam, Al-Masih ad-Dajjal merupakan satu figura jahat yang bakal muncul pada akhir zaman yang turunnya adalah menyesatkan manusia dan membawa manusia ke kancah kebinasaan.

Satu kenyataan rasmi juga telah dikeluarkan oleh salah seorang bintang siri ini iaitu, Wil Traval dalam hantarannya di Instagram. Beliau menyatakan bahawa siri ini tidak akan kembali ke Netflix.

Selepas membuat kemunculan pada Januari lalu, terdapat pelbagai kritikan serta rungutan bahawa siri ini mempunyai sentiment anti-Islam. Royal Film Commission on Jordan turut menegaskan kepada Netflix agar siri ini dihalang untuk tontonan penduduk negara tersebut. Untuk pengetahuan anda, sebahagian lokasi pengambaran siri ini telah diambil di Jordan.

Walaupun kenyataan Netflix ini menegaskan bahawa sensitiviti agama menyebabkan siri ini dihentikan, dapat juga kita rasakan bahawa wabak coronavirus merupakan salah satu faktor utama industri perfileman antarabangsa tidak dapat meneruskan rancangan di dalam jadual mereka.

Di Malaysia juga, siri ini mendapat reaksi yang berbaur daripada kalangan mereka yang telah menontonnya. Ramai netizen yang risau kerana drama bersiri ini dikatakan ingin memburukkan imej Imam Mahdi dan mengubah pandangan masyarakat terutamanya Muslim terhadap Dajjal.

netflix messiah

Malah seakan kebetulan yang disengajakan pula apabila nama sebenar pelakon utama yang membawa watak Imam Mahdi ialah Mehdi Dehbi.

Ada juga netizen yang memberitahu watak tersebut sememangnya menggambarkan Dajjal.

Secara umumnya, plot siri Netflix Messiah ini mengisahkan mengenai reaksi dunia moden terhadap seorang lelaki yang mengakui dirinya sebagai Isa (Jesus). Munculnya dengan pelbagai kehebatan ajaib telah mencetuskan spekulasi sehingga menyebabkan beliau disiasat ejen perisikan CIA.

Apa pula reaksi anda yang menonton siri ini sehingga habis musim pertama? Adakah benar ianya sebuah jalan cerita anti-Islam atau sebaliknya?

Sumber: Indipendent