
Netflix Menayangkan Filem Rabun, Mukhsin Dan Talentime Arahan Pengarah Popular Yasmin Ahmad
Perkhidmatan hiburan streaming terkemuka dunia, Netflix mula menyiarkan karya hebat bekas pengarah tanah air iaitu Allahyarham Yasmin Ahmad ke seluruh dunia.
Tiga filem arahan beliau yang terpilih untuk disiarkan ke laman Netflix adalah Rabun, Mukhsin dan Talentime.
Bagi yang belum tahu, Yasmin Ahmad sangat digemari dengan hasil iklan Petronas yang luar biasa serta filem-filemnya yang mencetuskan pemikiran unik baik di dalam dan luar negara.
Rabun
‘Rabun’ merupakan filem debut Yasmin menceritakan kisah pelik dan memilukan yang diilhamkan sendiri oleh ibu bapanya setelah bapanya menjadi buta akibat diabetes.
Pak Atan (M. Rajoli) dan Mak Inom (Kartina Aziz) kembali ke semula ke tanah air setelah rimas dengan hiruk-pikuk kehidupan kota.
Setelah kembali, pasangan itu mendapati bahawa kehidupan di kampung rupanya tidak begitu menyenangkan seperti yang mereka jangka.
Mukhsin
Mukhsin pula merupakan filem terakhir trilogy Orked dan juga prekuel kepada filem Sepet dan Gubra.
Filem ini telah merangkul anugerah Grand Prix Deutsches Kinderhilfswerk untuk Filem Ciri Terbaik di festival Filem Antarabangsa Berlin ke-57, apabila dengan sempurnanya menyingkap nostalgia cinta muda mudi serta pandang pertama.
Kisah ini berlaku di Sekinchan, Sabak Bernam pada tahun 1993, yang menceritakan kisah cinta pandang pertama Orked yang berusia 10 tahun, dilakonkan oleh Sharifah Aryana.
Orked yang tiba bersama kakak dan ibu saudaranya di Sekinchan untuk menghabiskan cuti sekolah di kampong sering memerhatikan Mukhsin (Mohd Syafie Naswip).
Mukhsin juga turut tertarik dengan Orked sekaligus mengembangkan babak cinta platonik mereka.
Talentime
Terkenal kerana menjalankan subjek yang sukar dalam filemnya – dari tema pelbagai budaya sehingga perkauman – filem terakhir Yasmin Ahmad, Talentime menyoroti gambaran cinta, keluarga dan percubaan kehidupan seharian yang menyentuh hati, yang berlatarbelakangkan soundtrack oleh komposer filem Malaysia, Pete Teo yang telah memenangi pelbagai anugerah.
Filem ini menceritakan kisah pertandingan bakat sekolah yang menyatukan dua hati – Melur (Pamela Chong), seorang gadis Anglo-Melayu, dan Mahesh (Mahesh Jugal Kishor), seorang budak lelaki India yang pekak dan bisu.
Melur, menyanyi dengan suaranya yang merdu sambil bermain piano merupakan salah seorang daripada tujuh finalis pertandingan Talentime.
Mahesh terpikat kepada Melur, tetapi keluarganya menentang hubungan mereka.
Seorang lagi finalis, Hafiz (Mohd Syafie Naswip), memikat hati orang ramai dengan bakat nyanyiannya sambil bermain gitar, menggunakan alat muzik untuk mengatasi tekanan diri untuk membahagi masa antara sekolah dan ibunya, yang telah dimasukkan ke hospital kerana tumor otak.
Jangan lupa untuk saksikan ketiga-tiga filem arahan Yasmin Ahmad di Netflix.
BACA: 5 Filem Lakonan Reza Rahadian Yang Wajib Anda Tonton Di Netflix
Trending now



