Netflix Kelajuan Video

Netflix Kini Dalam Proses Menguji Ciri Kawal Kelajuan Video

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Baru-baru ini Netflix menawarkan pelan yang lebih murah dari pelan sedia ada, hanya RM17 sebulan khas untuk peranti mudah alih di Malaysia.

BACA: Netflix Kini Tawar Pelan Termurah Di Malaysia Pada Harga RM17 Sebulan

Netflix sering menguji dengan ciri-ciri baharu untuk memberi pengalaman terbaik kepada pelanggannya. Kali ini, Netflix menguji ciri mengawal kelajuan video iaitu pelanggan boleh menonton video pada kelajuan 0.5X, 0.7X, 1X, 1.25X dan 1.5X.

Netflix Kelajuan Video
Sumber: The Next Web

Sebelum ini pengguna hanya diberikan pilihan melompat 10 saat ke depan atau ke belakang. Melalui ciri ini, ia sangat membantu kepada mereka yang mahu menonton kadar segera tanpa melompat babak-babak tertentu atau yang ingin maraton siri dengan lebih pantas menjadikannya sama seperti ciri-ciri yang ada pada aplikasi Youtube.

Ciri ini tersedia pada peranti mudah alih Android tetapi ia hanyalah bersifat sementara. Aplikasi ini perlu dikemaskini terlebih dahulu untuk mendapatkan ciri tersebut.

Sumber: The Star

Berani ke tidak tengok sampai habis?

Harold Scary Stories To Tell In The Dark ‘Bernyawa’ Dirakam CCTV

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.