Filem Zombi Army Of The Dead

Netflix Keluarkan Trailer ‘Army Of The Dead’, Filem Zombi Arahan Zack Snyder

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dijadualkan tayangan secara eksklusif di Netflix pada 21 Mei ini, Army of the Dead menjadikan filem aksi zombi kedua arahan Zack Snyder selepas Dawn of the Dead.

Army of the Dead mengisahkan sekumpulan tentera upahan yang memperjudikan nyawa mereka untuk menceroboh masuk ke zon yang dikuarantin disebabkan wabak zombi demi menjalankan misi rompakan yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pihak.

Filem Zombi Army Of The Dead

Berkolaborasi dengan penulis Shay Hatten dan Joby Harold, filem ini juga merupakan spin off siri anime Army of the Dead: Lost Vegas dan projek terbaharu yang begitu dinantikan oleh para peminat pengarah ini.

Army of the Dead dibintangi oleh Dave Bautista (Stuber), Hiroyuki Sanada (Avengers: Endgame), Omari Hardwick (Power), Chris D’Elia (Undateable), Garret Dillahunt (Deadwood), Raúl Castillo (Knives Out), Nora Arnezeder (Safe House), Matthias Schweighöfer (Valkyrie), Samantha Win (Wonder Woman) dan Rich Cetrone (Batman v Superman: Dawn of Justice).

Filem Zombi Army Of The Dead

Sebenarnya, Zack Snyder telah merancang filem ini sejak 2007 yang pada awalnya dibangunkan di Warner Bros. Kini projek tersebut dihasilkan di Netflix dengan modal pembikinan sekitar $70 juta hingga $90 juta dolar.

Anda boleh menonton sendiri video trailer tersebut di bawah.

BACA: ‘K-Zombie’ Lebih Realistik, Tonton Bagaimana Perwatakan Zombi Dalam Filem/Drama Korea Dihasilkan