
Netflix Bukan Lagi Juara Carta Aplikasi Media Penstriman Web Terbaik Dunia
Jika dahulunya Netflix menduduki carta sebagai aplikasi terbesar dari segi penggunaan jalur lebar rangkaian internet dunia, kali ini Netflix mengalami saat kejatuhan sehingga 6.2% dengan berada di kedudukan kedua berasaskan web jika dibandingkan dengan tahun lepas.
Menurut Laporan daripada 2019 Global Internet Phenomena Report dari Sandvine, salah satu vendor sistem pengurusan jalur lebar, untuk separuh masa pertama 2019, Netflix dipintas oleh media penstriman HTTP dengan perbezaan cuma 0.2%, iaitu masing-masing sebanyak 12.6% dan 12.8%.
Kenaikan penggunaan media penstriman HTTP seperti dari kabel dan saluran TV penyiaran termasuklah yang dicetak rompak menyebabkan kejatuhan ini berlaku.
Menurut Sandvine, hampir 4% hingga 25% pelanggan mengakses sekurang-kurangnya satu video haram setiap minggu pada rangkaian ISP di Amerika Utara, Eropah dan Timur Tengah.
Kedudukan ini kemudiannya diikuti oleh YouTube (8.7%), operator IPTV (7.2%), muat turun HTTP (4.5%), HTTP TLS (4.4%), HTTP (3.0%), Facebook (3.0%), muat turun PlayStation (2.8%) dan BitTorrent (2.4%).
Sumber: Variety
Nampak sahaja macam senang.
BALIK TABIR : Permainan Video
dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.
Trending now



