
Netflix Bakal Lancar Siri ‘Spin-Off’ SpongeBob SquarePants Khas Untuk Watak Squidward
Siri animasi televisyen popular The SpongeBob SquarePants ini memang selalu ditunggu-tunggu tayangannya terutama dalam kalangan kanak-kanak. Dengan adanya laman penstriman video bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, siri-siri legenda seperti The SpongeBob SquarePants turut ditayangkan dalam laman ini.
Terkini, Neflix dilaporkan telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Nickelodeon untuk menghasilkan siri kartun spin-off daripada animasi popular itu dengan menampilkan Squidward Tentacles sebagai watak utama.
Kerjasama Netxlif dan Nickelodeon mahu menghasilkan projek ini atas faktor persaingan dengan laman penstriman video lain seperti Disney+. Disney+ kini telah memperoleh lebih 10 juta langganan sejak dilancarkan November ini, menurut Hypebeast.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan siri spin-off ini dijadikan sebuah siri atau filem. Dengan menampilkan Squidward sebagai watak utama, projek ini bakal membawa konsep musikal – kerana Squidward amat menggemari bermain klarinet.
Sama-sama kita nantikan apa yang akan berlaku tentang projek ini yang pastinya mengimbua kembali zaman kanak-kanak anda.
BACA: ‘The SpongeBob SquarePants Movie’ Dianggap Ganas Untuk Siaran Indonesia
Sumber: Hypebeast
Manga paling laris sehingga kini.
ONE PIECE : Manga Paling Laris
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.
Trending now



