
Netanyahu Janji Rampas Lembah Jordan Dan Utara Laut Mati Jika Menang Pilihan Raya Israel
Diasaskan pada tahun 1984 di atas tanah orang Arab yang dirampas, Israel tidak dianggap sebagai negara terutamanya oleh negara-negara Islam seperti Malaysia kerana kekejaman mereka.
BACA: Trump Langgar Undang-Undang Antarabangsa, Iktiraf Bukit Golan Milik Israel
Mac lalu, Israel meluaskan jajahan mereka dengan rekod telah merampas lebih 10,000 hektar tanah milik Palestin sejak 50 tahun lalu dan hampir separuh daripadanya digunakan untuk membina penempatan haram dan jalan raya di Tebing Barat dengan kepadatan penduduk sekitar 450,000 orang rakyat Israel.
Bukan itu sahaja, sehingga ke hari ini mereka masih meneruskan rancangan dengan dasar merampas tanah serta membina penempatan haram yang secara jelasnya telah mencabul undang-undang antarabangsa dan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).
Mengawal mata air, jentera pertanian serta sel solar, Israel mengisytiharkan kawasan tersebut sebagai lokasi ketenteraan dan melarang pemilik masuk kecuali dengan permit.
BACA: Israel Tukar Masjid Bersejarah Jadikan Kelab Malam, Israel Cipta Kasut ‘Flip Flop’ Khas Untuk Dipakai Ke Masjid
Bakal mengadakan pilihan raya dalam tempoh seminggu lagi, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menawarkan manifesto mahu memperluaskan penempatan di Tebing Barat iaitu di kawasan Lembah Jordan dan utara Laut Mati sekiranya memenangi pilihan raya yang dijangka akan memberikan persaingan yang sengit.
Banyak pihak tampil mengutuk keras tindakan beliau yang seolah-olah tidak menghormati Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana telah melanggar undang-undang antarabangsa.
Liga Arab turut menganggap pengumuman manifesto Netanyahu itu sebagai perkembangan yang bahaya dan satu pencerobohan dan dipersetujui oleh Menteri Luar Sweden, Anne Linde.
Sumber: Berita Harian, FMT
Mendebarkan sungguh 47 Metres Down: Uncaged ini.
47 Meters Down: Uncaged | Final Trailer – Pawagam Malaysia 29 Ogos 2019
dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.
https://www.youtube.com/watch?v=yWagDsfPqVo
Trending now



