
Netanyahu Dakwa Siasatan Jenayah Perang Terhadap Israel Adalah Sebagai Anti-Yahudi
Minggu lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menerusi Ketua Pendakwanya dari Gambia, Fatou Bensouda mengumumkan bahawa ICC akan mendakwa Israel atas jenayah kemanusiaan yang dilakukan kepada orang Islam di West Bank dan Gaza, Palestin.
BACA: Isu Penghapusan Etnik Rohingya, Myanmar Kini Dibicara Mahkamah Keadilan Antarabangsa
ICC yang telah melancarkan siasatan selama bertahun-tahun mengumumkan bahawa mereka sudah mempunyai bukti yang cukup untuk mengheret Israel ke muka pengadilan.
https://www.facebook.com/JumpaKatMahkamah/posts/2498875120325556
Walaupun peguam negara Israel mengatakan bahawa ICC tidak mempunyai kuasa ke atas wilayah West Bank dan Gaza namun Bensouda menghujahkan bahawa isu bidang kuasa telah dibincang serta diputuskan dan ianya tidak menjadi masalah undang-undang lagi.
BACA: Penternak Israel Rugi Jutaan Ringgit Susulan Serangan Puluhan Ribu Burung Undan Di Kolam Ikan
Ini kerana bidang kuasa ICC adalah mendengar kes-kes emlibatkan jenayah perang, genosid dan jenayah terhadap kemanusiaan membabitkan wilayah di mana 123 buah negara berdaftar dengannya yang mana Israel bukan salah satu daripadanya, namun pihak berkuasa Palestin di Tebing Barat telah berdaftar dengan mahkamah tersebut.
Susulan dengan dakwaan itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah menuduh ICC sebagai salah satu sentimen anti-Yahudi tulen.
BACA: Risau Kekejaman Diketahui Dunia, Israel Arah Stesyen TV Palestin Ditutup
Untuk pengetahuan anda, Israel telah membina penempatan di tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur yang mana Tembok Barat berada dalam tembok kota lama dan ICC melihat ini adalah sebagai jenayah perang.
Menyambut baik keputusan Bensouda, rakyat Palestin majoritinya menganggap penempatan tersebut adalah haram dan mencabuli hak mereka.