Nestle Malaysia Tawar Peluang Menang ‘Gaji Seumur Hidup’ Hanya Dengan Pembelian Serendah RM15

Nestle Malaysia tawar peluang menang Gaji Seumur Hidup dengan melancarkan peraduan berskala besar dengan penawaran hadiah wang tunai lebih RM4 juta untuk para pemenang.

BACA: Cacat Penglihatan Bukan Penghalang Wanita Ini Capai Impian Beli Rumah Secara Tunai

Antara yang paling menarik ialah Peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup yang menawarkan hadiah RM3,000 setiap bulan untuk dua pemenang bertuah.

Nestle Gaji Seumur Hidup

Peraduan yang bermula 14 Februari hingga 30 April ini tutur menawarkan 10 tempat untuk pemenang bertuah di hadiah sagu hati dengan tawaran Gaji Satu Tahun sebanyak RM3,000 setiap bulan.

Nestle Gaji Seumur Hidup 1
Sumber: Facebook

Bukan itu sahaja, hadiah wang tunai RM500 juga akan diberikan kepada 50 pemenang setiap minggu sepanjang tempoh peraduan selama 11 minggu sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong jenama Nestle selama lebih 100 tahun beroperasi.

Maklumat lanjut, layari laman web Nestle DI SINI.

Sesetengah jenama Nestlé dikenali di seluruh dunia lalu menjadikannya peneraju pasaran sedunia dalam penghasilan sebilangan produk, termasuk susu, coklat, konfeksi, air botol, kopi, krimer, perasa makanan dan makanan haiwan.

Nestlé adalah syarikat makanan terbesar di dunia, dengan permodalan pasaran kira-kira 231 bilion franc Swiss, yang lebih daripada AS $ 247 bilion pada Mei 2015.

Pada 2014, jualan disatukan ialah CHF 91.61 bilion dan keuntungan bersih ialah CHF 14.46 bilion. Pelaburan penyelidikan dan pembangunan adalah CHF 1.63 bilion.