
Neo Dan Trinity Kembali Dalam Sekuel Ke-4 ‘The Matrix’
Mula ditayangkan pada tahun 1999, The Matrix merupakan siri filem aksi sains fiksyen yang dicipta oleh Wachowskis.
Hampir 20 tahun selepas itu, peminat siri ini cukup teruja apabila mendapat perkhabaran bahawa The Matrix yang ke-4 akan kembali selepas dua sekuel ditayangkan pada tahun 2003 iaitu The Matrix Reloaded dan The Matrix Revolutions.
Menambahkan lagi keterujaan, dua pelakon utamanya iaitu Keanu Reeve dan Carrie-Anne Moss yang memegang watak Neo dan Trinity turut dikekalkan. Dengan kelebihan teknologi terkini, The Matrix 4 dikatakan bakal menjadi karya terbaik daripada siri-siri sebelumnya.
Ketiga-tiga siri The Matrix sebelum ini berjaya mengumpulkan lebih daripada USD1.6 bilion untuk tayangan global. Anda rasa The Matrix 4 ini berjaya cipta rekod baharu dalam siri The Matrik tak?
Tak perlu ke Maldives dah, PD pun dah ala-ala luar negara.
Lexis Hibiscus 2 : YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.