Nenek 90 Tahun Terima Pengktirafan Guinness World Records Sebagai ‘Youtuber Game’ Tertua Di Dunia

Nenek 90 Tahun Terima Pengktirafan Guinness World Records Sebagai ‘Youtuber Gamer’ Tertua Di Dunia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dikenali sebagai Gaming Grandma, seorang nenek 90 tahun warga Jepun telah menerima pengiktirafan daripada Guinness World Records sebagai Youtuber Game tertua di dunia. Bermula daripada menyahut cabaran untuk bermain permainan video, siapa sangka beliau akhirnya menceburi bidang berkenaan dan menjadi ketagih dengannya.

Hamako Mori, seorang nenek berusia 90 tahun mula bermain permainan video ppada 39 tahun lalu (1981) di mana pada ketika itu beliau berusia 51 tahun selepas tertarik melihat kanak-kanak bermain dengannya.

BACA: Suri Rumah Ini Jana Pendapatan Cecah 5 Angka Sebulan Melalui PUBG

Merasakan tidak adil jika hanya kanak-kanak sahaja bermain, Mori merasakan beliau akan lebih gembira sekiranya beliau tahu cara bermain dan dari situ beliau meneroka dan bermain sendiri kali pertama tanpa diketahui sesiapa.

Nenek 90 Tahun Terima Pengktirafan Guinness World Records Sebagai 'Youtuber Game' Tertua Di Dunia
Sumber: Guiness World Records

Memiliki lebh 295,000 pengikut di YouTube, Mori menyimpan koleksi konsol dan perisian permainan video yang dibeli sejak puluhan tahun dahulu.

Kini sedang meneroka konsol PlayStation 4 (PS4), Mori mengakui dirinya sangat obses dengan permainan video dan paling meminati permainan Grand Theft Auto V (GTA V) yang digambarkan seperti menonton filem.

Memuat naik sekitar tiga ke empat video di YouTube setiap bulan, beliau terharu dengan sokongan dan komen yang membina daripada penonton dan pengikutnya. Turut aktif fi platform seperti Twitch, Mori memulakan saluran YouTubenya pada 2014.

Akan mencuba permainan video jenis aksi dalam PS4, konsol pertama yang dimiliki Mori adalah Cassette Vision.

Sumber: Guinness World Records