Negeri Sabah Dapat Kebenaran Untuk Dimasukkan Ke Dalam Peta Filipina

Filipina sebelum ini sudah beberapa kali cuba menuntut Sabah atas alasan ‘sejarah’ biarpun melalui Suruhanjaya Cobbolt pada 1963 telah menyatakan pengiktirafan kemerdekaan Sabah oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

BACA: Hishammuddin Bidas Kenyataan Setiausaha Luar Filipina Selepas Dakwa Sabah Bukan Dalam Malaysia

Yang terbaharu, Negara Asia Tenggara dilaporkan sudah meluluskan rang undang-undang baru yang memerlukan percetakan negeri Sabah untuk dimasukkan ke dalam peta negara Filipina.

Negeri Sabah Dapat Kebenaran Untuk Dimasukkan Ke Dalam Peta Filipina 1
Sumber: SCMP

Menurut sumber CNN Philippines, Jawatankuasa Rumah Luar Negeri Filipina telah menyatakan bahawa rang undang-undang ini adalah bertujuan untuk menekan kemenangan Filipina di Laut Filipina Barat ke atas China di Tribunak Arbitrase Antarabangsa mereka di Hague, Belanda dan hak-hak sah sejarah Filipina ke atas Sabah.

Ketegangan yang berlaku antara Filipina dan Malaysia disebabkan isu tuntutan ini sebenarnya sudah berlangsung berdekat lamanya.

Sebelum ini, Setiausaha Luar Filipina, Teodoro Locsin Jr  telah mengeluarkan kenyataan kontroversi yang mendakwa Sabah bukanlah di negara Malaysia.

Kenyataan ini kemudiannya dibalas Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menyifatkan kenyataan Locsin itu sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh menjejaskan hubungan dua hala di antara kedua-dua negara.

Susulan itu juga, Hishamuddin memberitahu akan memanggil Duta Filipina ke Malaysia bagi menjelaskan makna sebenar yang beliau ingin sampaikan.

Sabah sebelum ini dikenali sebagai Borneo Utara sebelum pembentukan Persekutuan Malaysia pada 1963. Filipina menyatakan bahawa Sabah adalah sebahagian daripada negara Filipina kerana ia adalah jajahan Kesultanan Sulu, yang kemudiannya dijajah oleh British pada kurun ke-19.

Walau bagaimanapun, pertikaian terhadap Sabah dilihat semakin sepi dan tidak dibangkitkan secara serius oleh kerajaan Filipina lagi sehinggalah beberapa tahun belakangan ini.