John Cena Fast & Furious 9 1

Nathalie Emmanuel Kongsi Foto Rasmi John Cena Sertai ‘Fast & Furious 9’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ahli gusti profesional, John Cena diumumkan bakal menyertai barisan pelakon siri filem Fast & Furious iaitu Fast & Furious 9 bersama-sama dengan Vin Diesel dan Michelle Rodriguez, namun masih lagi dirahsiakan wataknya.

John Cena Fast & Furious 9

Mula ditayangkan pada 2001, siri filem Fast & Furious hanyalah sebuah filem aksi standard dan tiada siapa pernah menjangkakan bahawa selepas lapan siri dikeluarkan, mereka berjaya mengutip lebih $5.1 bilion daripada pasaran global.

Mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock Jun lalu, bintang Fast & Furious 9, Nathalie Emmanuel berkongsikan foto pertama barisan pelakon yang ditambah dengan kehadiran John Cena sempena dengan sambutan ulang tahun kelahiran Rodriguez.

https://www.instagram.com/p/Bz0siASpMiO/

Fast & Furious 9 yang terpalit dengan pelbagai kontrovesi antaranya perselisihan di antara Johnson dan Diesel sehingga akhirnya melalui ‘fasa gembira’ pengambaran yang membolehkan filem ini menepati masa tayangannya pada 22 Mei 2020.

Antara pelakon lain yang sudah dipastikan kemunculan kembali mereka ialah Helen Mirren dan Charlize Theron.

Sumber: Screen Rant