Lebuhraya Pantai Timur 2 LPT2

Nasihat Buat Semua Pengguna Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) Yang Akan Pulang Ke Kampung

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Setiap kali musim perayaan, perkara yang paling tidak enak didengar ialah berlakunya peningkatan kes nahas jalan raya melibatkan kenderaan yang pulang ke kampung.

Amat sayu dan menyedihkan sekali apabila tibanya musim raya, sering kali siaran berita di kaca TV memaparkan banyak laporan mengenai keluarga yang maut akibat kemalangan.

Antara lebuh raya yang kerap merekodkan banyak kes kemalangan jalan raya maut ialah Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2).

Beroperasi sepenuhnya sejak 2015, laluan yang menghubungkan Jabor–Kuala Terengganu dengan jarak 184km ini memang selalu dianggap sebagai merbahaya.

Berikut merupakan pandangan dan nasihat dari seorang pengguna Facebook, Mat Yoe kepada orang ramai yang ingin menggunakan LPT2 untuk pulang ke kampung sempena Aidilfitri tidak lama lagi.

Lebuhraya Pantai Timur 2 LPT2

24/4/2022

LPT2 kalau hujan, tak payah la nak laju-laju.

Kereta kau tayar baru ke, kau pandu kereta mewah ke, risiko untuk terbabas sangat tinggi.

Setiap tahun puluhan nyawa terkorban di sini.

Kadang tak ada lopak air pun boleh terbabas.

Jumpa 3 kemalangan dalam masa 1 jam.

Semua total lost.

Tak boleh baiki langsung.

Kecederaan pemandu tak pasti.

Tapi kalau tengok dari kereta, gerenti cedera.

LPT ni ada pakej lengkap.

  1. Jalan beralun
  2. Lopak air
  3. Angin lintang
  4. Haiwan merayau

Yang nak balik beraya nanti tak payah la laju.

Rumah tak lari dikejar pun.

Kalau memecut bukan boleh jimat masa sampai 2-3 jam pun.

Paling cepat 30 minit je.

Jangan sampai keluarga yang di kampung menerima sekujur tubuh yang tidak lagi bernyawa…

BACA: Balik Kampung Tapi Tidur Di Hotel Boleh Mengguris Perasaan Orang Tua?

Sumber: Facebook Mat Yoe