Bos

Nasihat Buat Semua Bos Menjelang Akhir Tahun: “Jangan Berkira Dengan Pekerja…”

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Memang biasa kita dengar kisah majikan atau bos yang selalu berkira dengan pekerja mereka, kan?

Pekerja disuruh bekerja dengan rajin dan gigih sepanjang tahun, namun khidmat mereka sangat jarang dihargai.

Si bos pula tiap-tiap tahun tukar kereta baharu, tiap-tiap Ramadan pergi umrah dan tiap-tiap cuti sekolah pergi makan angin di luar negeri bersama keluarga.

Pantang ada pusat tahfiz atau sekolah anak yatim minta derma, dialah yang ‘terpaling’ pemurah sanggup habis beratus ribu untuk bersedekah.

Namun, pekerjanya amat jarang sekali merasai nikmat bonus tahunan mahupun kenaikan gaji kononnya syarikat hanya ‘cukup makan’.

Situasi ini turut mendapat perhatian Su Han Wen Shu yang membuat hantaran berikut di Facebooknya yang menegur sikap bos dan majikan seperti ini.

Semoga bos-bos di luar sana insaf dan berubah selepas membaca hantarannya ini.

Bos

Kenapa orang selalu cakap, kerja jangan berkira, ikhlas, bla bla bla…

Kenapa nasihat ini selalu diberi pada pekerja sahaja?

Kenapa tiada orang nasihat majikan/pemilik perniagaan:

“Jangan berkira dengan pekerja, kalau pekerja itu rajin, serba boleh, naikkan sahaja gajinya atau bagi bonus tahunan, anggaplah itu sedekah.

Bukankah sedekah itu membuka pintu rezeki?

Bukankah sepatutnya kita mulakan sedekah kepada orang yang terdekat?

Jadi daripada kau cari mana-mana tahfiz atau sekolah pondok untuk diberi infaq, apa kata mulakannya dengan orang yang terdekat yang berjumpa dengan kau setiap hari, seperti pekerja kau?”

Tiada pula yang bagi nasihat macam ini pada majikan.

Balik-balik pekerja je yang tak boleh berkira, kerja kena ikhlas; padahal mana boleh bayar bil dan segala kos sara hidup dengan “keikhlasan” sahaja?

Macam-macam.

BACA: 4 Tip Berguna Yang Boleh Diamalkan Oleh Setiap Pemilik Bisnes Untuk Bagi Staf ‘Happy’

Sumber: Su Han Wen Shu