
Nasihat Buat Guru-Guru Muda Lelaki Yang Baru Nak ‘Up’
Satu perkongsian menarik telah dibuat oleh Karya Kayra di Facebooknya mengenai laluan kerjaya secara pantas (fast track) untuk pegawai Perkhidmatan Awam.
Hantarannya tersebut ditujukan khas buat guru-guru muda lelaki yang masih baru dalam bidang pendidikan dan masih belum jelas mengenai laluan kerjaya secara pantas ini.
Beliau turut kongsikan satu pautan bagi melihat dokumen penuh Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkaitan Laluan Fast Track tersebut.
Semoga perkongsian yang sungguh bermanfaat ini dapat dijadikan panduan dan pengajaran buat semua guru-guru muda di Malaysia agar dapat berbakti dengan lebih cemerlang di masa hadapan.
Saya kongsikan Pekeliling berkaitan Kenaikan FAST TRACK dalam Perkhidmatan Awam berikutan ramai guru-guru muda “lelaki” mempertikaikan penulisan saya sebelum ini berkaitan Perbezaan Gred Gaji dan Fast Track. Mereka tak-percaya 😁
Bro.. Saya takkan menulis tanpa bukti.
Semua penulisan saya ada bukti, saksi dan pengalaman 22 tahun dalam Bidang Pendidikan.
Pekeliling ini juga terpakai kepada guru-guru yang menggunakan Gred DG.
Guru-Guru Gred DG yang ditetapkan kenaikan pangkat gred dan gaji setiap 8 tahun sekali BOLEH mendapatkan kenaikan FAST TRACK Gred DG dan Kenaikan Gaji setiap 3 tahun sekali sepertimana Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Gred M.
Syaratnya adalah anda mesti berusaha mendapatkan status sebagai Guru Cemerlang di sekolah atau Pegawai Cemerlang jika anda berkhidmat di PPD, JPN dan KPM.
Berhenti memperlekehkan Guru Cemerlang di sekolah anda. Anda kutuk Guru Cemerlang di sekolah anda, dia jalan terus. Gred dan Gajinya tetap naik setiap 3 tahun sekali. Anda cuma dapat dosa. Maka anda berusahalah untuk mendapatkan status Guru Cemerlang untuk diri anda.
Di Peringkat Kementerian, tidak berlaku kutukan kepada Pegawai Cemerlang. Ianya hanya berlaku di sekolah. Setiap pegawai di KPM berusaha untuk mendapatkan status Pegawai Cemerlang itu.
Klik link ini untuk mendapatkan dokumen penuh Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkaitan Laluan Fast Track yang mempunyai 38 halaman ini:
https://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2016/pp082016.pdf
Bagi Guru-Guru pula.. terutamanya yang kerap ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk membuat aduan itu dan ini tentang Pengetua dan Guru Besar anda, apa kata next time anda buka mata melihat pelbagai info yang dipaparkan di dalam bangunan JPN?
Ada banner dan poster berkenaan LALUAN FAST TRACK bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang dibekalkan Kementerian Pendidikan Malaysia kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
Setiap kali JPN mengadakan Pameran Kerjaya, pergilah menunjukkan muka sebagai menghargai usaha Jabatan Pendidikan Negeri anda. Ada Pegawai JPN yang ditugaskan khusus untuk menerangkan tentang Laluan FAST TRACK ini.
Saya mengetahui mengenai laluan FAST TRACK kenaikan gaji dan pangkat bagi Gred DG Pegawai Pendidikan ini ketika saya baharu 2 tahun mengajar apabila saya sebagai “guru baharu” diarahkan menyertai larian 10 kilometer yang dianjurkan JPN Johor yang diadakan sempena Karnival Kerjaya Pendidikan 20 tahun lalu.
Belum sah jawatan lagi ketika itu. Dahulu kami sah jawatan selepas 3 (tiga) tahun mengajar. Tidak seperti guru-guru muda hari ini yang sah jawatan selepas 1 (satu) tahun mengajar. Maka hargailah usaha guru-guru senior anda yang berusaha mengubah Tempoh Sah Jawatan dari tiga tahun kepada satu tahun sebaik sahaja mereka menjawat jawatan tinggi di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Mereka mengubahnya untuk kebaikan anda guru-guru baharu bukan untuk diri mereka.
Baca dan Fahami apa sahaja berkaitan kerjaya anda sebagai Pegawai Pendidikan berstatus Guru.
Buat baik dengan kerani di sekolah dan buat baik dengan semua Pegawai di PPD dan JPN. Tiada ruginya berbuat baik dengan orang lain. Saya sentiasa menunjukkan hormat hatta kepada makcik cleaner dan makcik kantin di sekolah. Itulah guru. Anda mengajar anak orang lain Adab Menghormati, maka anda terlebih dahulu wajib menghormati.
Bukannya anda buat akaun fb fake menggunakan nama palsu dan mengutuk segalanya dalam Bidang Pendidikan kerana jelas melalui ayat kutukan anda itu menunjukkan anda seorang guru. Macam kami tak boleh detect anda siapa dan mengajar di mana 🤭🤪
Bukannya anda yang baharu kerja sebagai guru sudah nak kondem sana-sini. Pantang anda terbaca penulisan orang lain TERUTAMANYA PEGAWAI PEREMPUAN maka anda dengan bongkak merasakan “orang perempuan” tak-tahu apa-apa. Anda lelaki sahaja yang hebat semata sebab anda lelaki.
Anda berada dalam Bidang Pendidikan BUKAN dalam Bidang Politik.
Pendidikan TIDAK BOLEH DIPOLITIKKAN Demi Masa Depan Negara.
Ramai Guru Perempuan kini menjawat jawatan Pegawai Tinggi di PPD, JPN dan KPM kerana mereka bertugas dan berkorban DEMI PENDIDIKAN NEGARA tanpa membabitkan politik.
Terima hakikat itu walaupun pahit bagi anda sebagai seorang lelaki.
Kayra, Putrajaya.
#LaluanPantasKerjaya
#FastTrack
#AbangSilapOrangNakKutuk
BACA: Paksa Anak Masuk Kelas Sains Sebenarnya ‘Membunuh’ Masa Depan Mereka?
Sumber & kredit foto: Facebook Karya Kayra