
Nasi Goreng USA Dipesan Ada Lalat, Tapi Sikap Pekerja Ini Buatkan Pelanggan Tak Serik Nak Datang Lagi
Mereka yang sering menjamu selera di kedai makan atau restoran pasti pernah mengalami insiden yang tidak diingini.
Namun, tidak mustahil sikap jujur yang ditunjukkan oleh pekerja premis tersebut boleh membuatkan pelanggan masih boleh bertoleransi dan tidak serik untuk kembali lagi pada masa akan datang.
Kisah yang dikongsikan oleh Mohd Noor Azam Ateh di Facebooknya ini boleh dijadikan contoh bagi menggambarkan situasi berkenaan dan amat wajar dijadikan ikutan oleh masyarakat pada hari ini demi kehidupan yang lebih sejahtera dan harmoni.
Nampak makanan di atas meja itu?
Itu Nasi Goreng USA saya yang ada seekor lalat di dalamnya.
Ceritanya begini.
“Eh, makanan sudah sampai. Alihkan telefon dan beg!” kata saya kepada anak dan isteri. Perut lapar kerana baru pulang dari Cameron Highlands.
Nasi goreng ayam dan paprik diberikan kepada anak dan isteri oleh pekerja.
Tiba giliran saya, saya hulurkan tangan mahu membantu pekerja tersebut.
“Kejap, tengok ni.” jari telunjuknya menghala ke pinggan nasi goreng USA saya.
“Eh, ada lalat.”
Sekejap ya. Dia membawa pinggan itu menuju ke dapur.
Dalam hati terdetik firasat nakal.
“Ini nanti dia buang sahaja lalat tu. Selepas itu diberi saya makan.” jahatnya pemikiran saya. Haishh..
Tapi saya silap.
Pinggan itu sengaja ditinggalkan di atas meja yang kami boleh nampak. Pekerja itu kemudiannya ke dapur dan menjerit, “Minta satu lagi nasi goreng USA!”
People’s Skill menjaga pelanggan.
Dia bukan meletakkan pinggan yang ada lalat tetapi KEPERCAYAAN dan saya nampak itu.
Setelah Nasi Goreng USA saya dihantar ke meja, baru pinggan tadi diangkat dan dibawa ke dapur.
Hebat layanannya.
Kami pasti datang lagi!
MNA
BACA: Keluarga Tak Mampu Bayar Lepas Makan, Tindakan Pemilik Restoran Ini Amat Mengejutkan!
Sumber: Mohd Noor Azam Ateh