
NASA Tunai Hasrat Tom Cruise Hasilkan Filem Di Angkasa Lepas
Hasrat Tom Cruise ke angkasa lepas untuk menghasilkan filem mungkin akan terlaksana tidak lama lagi. Nasa tunai hasrat Tom Cruise hasilkan filem di angkasa lepas.
Selasa lalu, Ketua Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) memberitahu mereka akan bekerjasama dengan Tom Cruise bagi penghasilan filem mengenai Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).
Malah jurucakap NASA mengesahkan bahawa Tom Cruise akan dihantar ke angkasa lepas dan berada di stesen makmal yang bernilai ratusan bilion dolar yang akan mengelilingi orbit sekitar 250 batu di atas bumi.

Menjadi pelakon pertama yang akan merasai pengalaman perjalanan ke angkasa lepas, pentadbir NASA, Jim Bridenstine merasakan mereka memerlukan individu popular bagi memberikan inspirasi kepada generasi jurutera dan saintis akan datang untuk melakukan yang sama seterusnya membantu cita-cita NASA menjadi kenyataan.
NASA is excited to work with @TomCruise on a film aboard the @Space_Station! We need popular media to inspire a new generation of engineers and scientists to make @NASA’s ambitious plans a reality. pic.twitter.com/CaPwfXtfUv
— Jim Bridenstine (@JimBridenstine) May 5, 2020
Walau bagaimapaun, NASA masih lagi tidak memberitahu bila dan bersama siapa Tom Cruise akan berlepas ke angkasa lepas.
Terdahulu, beberapa hari lalu Malaysia dikejutkan dengan berita seorang anak muda berusia 20 tahun yang menerima biasiswa daripada NASA untuk melanjutkan pengajian Ijazah.
BACA: Anak Muda 20 Tahun Terima Biasiswa NASA Dengan Ciptaan Sut Angkasa Lepas Ke Marikh
Azhar Ali yang mengumumkan berita berkenaan di laman media sosial Twitternya telah menerima ucapan tahniah daripada ramai rakyat Malaysia termasuklah Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaludin.
Namun, di sebalik ‘kejayaan’ beliau, rupa-rupanya ada rahsia yang tersembunyi. Menjadi mangsa scam daripada pihak yang tidak bertanggungjawab, kisah ini menjadi pengajaran kepada semua agar tidak cepat menyebarkan berita yang tidak dapat dipastikan kesahihannya.
Sumber: CNN
Trending now



