
NASA Bina Sistem Tandas Angkasa Lebih RM96 Juta Untuk Kegunaan Angkasawan Di Bulan
Tandas lebih RM96 juta bakal dilancarkan ke ISS untuk kegunaan angkasawan di bulan.
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) dilaporkan dalam persediaan untuk melancarkan tandas angkasa ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang dijangkakan akan berlaku pada minggu ini.
BACA: NASA Tunai Hasrat Tom Cruise Hasilkan Filem Di Angkasa Lepas
Tandas tersebut akan diuji terlebih dahulu oleh angkasawan di ISS sebelum ianya digunakan dalam angkasawan dalam misi Artemis 2024.
Dibina dengan kos lebih kurang USD23 juta (RM96 juta), tandas ini memiliki saiz 65% lebih kecil dan 40% lebih ringan berbanding dengan tandas yang digunakan di ISS sekarang.

Akan diuji selama tiga tahun sebelum digunakan dalam misi ke bulan dan Marikh dalam tempoh akan datang, tandas ini mampu menampung lebih banyak sisa buangan manusia berbanding dengan model sebelum ini.
Akhir Jun lalu, NASA dilaporkan mencari pencipta bagi membangunkan tandas yang boleh berfungsi dalam keadaan mikrograviti.
Pencarian tersebut adalah bertujuan merealisasikan misi Artemis yang akan ke bulan pada tahun 2024, iaitu satu misi dalam mengembalikan manusia ke permukaan bulan.
Antara spesifikasi yang diperlukan NASA untuk tandas tersebut:
- Tandas tersebut perlulah berfungsi pada keadaan graviti bulan yang satu per enam daripada daya graviti bumi.
- Berkeupayaan mengumpul sisa buangan secara serentak dengan kapasiti satu liter.
- Perlu menangani hingga 114 gram darah haid setap anak kapal, setiap hari.
- Perlu mudah dibersihkan dan diselenggarakan dalam tempoh kurang lima minit.