
Nampak ‘Ringkas’, Tapi Lukisan Ini Berjaya Dijual Dengan Harga Hampir RM200 Juta
Buat mereka yang tidak ‘bermata seni’, lukisan ini mungkin nampak ringkas dan mungkin tidak berbaloi untuk dijual dengan harga lebih USD43.8 juta.
BACA: Siapa Sangka Lukisan Monumen Ini Dihasilkan Individu Berusia 12 Tahun
Tapi untuk mereka yang mengenali seni, ianya merupakan sesuatu yang berharga dan harga yang ditawarkan adalah berpatutan dengan nilainya.
Pada tahun 2013, sebuah lukisan dengan rekaan seperti zip ini dilukis oleh seorang pelukis abstrak dari New York, Barnett Newman berjaya dijual dengan harga yang lumayan.
Lukisan berwarna biru gelap yang dinamakan sebagai Onement Vi dilukis pada tahun 1953 sebenarnya merupakan lukisan terakhir yang dilukis oleh Newman untuk siri Onement. Empat lukisan sebelumnya telah pun dimiliki oleh sebuah muzium.
Pada awalnya, lukisan ini cuma dijangka akan dijual dengan harga USD30 hingga USD40 juta sahaja, namun pada acara sebenar ianya mampu dijual dengan harga diluar nilai anggaran iaitu USD43.8 juta, yang mana kalau ditukar dengan nilai tukaran semasa boleh mencecah +-RM182 juta.
Untuk pengetahuan anda, Newman merupakan salah seorang tokoh utama dalam ekspresionisme abstrak danjuga merupakan salah sorang pelukis utama dalam bidang warna.
Kesemua lukisan Newman memiliki nada dan isi, disusun dengan teliti supaya dapat menyampaikan rasa lokaliti, kehadiran dan kemungkinan kepada mereka yang melihat.
Pada Mei 2014, sebuah lukisan Newman memecahkan rekod apabila berjaya dibida dengan harga USD84 juta.
Meninggal dunia pada tahun 1970 akibat sakit jantung, pada 1978, isteri Newman telah menubuhkan Barnett Newman Foundation yang menyediakan perkhidmatan untuk orang ramai untuk belajar mengkaji dan memahami hasil kerja serta kehidupan Newman semasa bergelar pelukis.