Wallpaper Di Tandas Bahaya Kesihatan

Nampak Cantik Tapi Bahaya Pada Kesihatan, Kertas Dinding Bukan Untuk Tandas

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Cantik Tapi Bahaya Pada Kesihatan, Kertas Dinding Bukan Untuk Tandas

Salah satu pilihan popular untuk membuat ruang rumah nampak cantik adalah dengan memasang kertas dinding (wallpaper) pada bahagian tembok.

Namun, kertas dinding bukan hanya terhad pada tembok-tembok sahaja. Kalau anda kreatif kertas dinding itu boleh dibalut pada pelbagai permukaan barangan yang mana hasilnya tampak seperti barang yang baharu dibeli.

Walau bagaimanapun, tidak semua permukaan sesuai dilekat dengan kertas dinding walaupun jenis material yang nampak berkilat sekalipun.

Sebagai contoh, ramai suka untuk menghiaskan tandas dengan menampal kertas dinding yang mempunyai pelbagai corak menarik.

Meskipun begitu, menurut Public Health Malaysia, perbuatan ini sebenarnya tidak sihat untuk anda sebagai pengguna tandas tersebut.

Wallpaper Di Tandas Bahaya Kesihatan

“Persekitaran lembab di dalam tandas menyebabkan risiko pertumbuhan kulat di dinding termasuk di belakang kertas dinding.

“Kulat ini membebaskan spora iaitu debu debu halus yang boleh masuk ke saluran pernafasan dan menyebabkan iritasi.

“Kesannya, anda akan alami batuk, selsema, tekak kering, mata berair dan gatal gatal kulit.

“Lebih teruk lagi, pendedahan secara berterusan boleh memberi kesan lebih buruk kepada paru-paru seperti asma dan radang paru-paru.”

Selain tandas, kertas dinding juga tidak sesuai dan bahaya ditampal pada:

1. Peti sejuk – haba tidak dapat dibebaskan dengan baik dan boleh meningkatkan risiko kebakaran.

Perbuatan ini juga akan mengurangkan keberkesanan dan memendekkan jangka hayat sesebuah peralatan elektrik.

2. Di dapur basah – Menyediakan bahan masakan, memasak, menggoreng, mengukus dan memanggang adalah aktiviti biasa dalam dapur basah.

Selain haba, minyak dan wap juga terhasil semasa memasak. Keadaan terlalu panas, lembap dan berminyak adalah tidak sesuai untuk pemasangan kertas dinding.

Jika anda mahu menghias permukaan tandas dengan kesan yang sama seperti corak kertas dinding, boleh menggunakan cat Majestic Paint di Lazada, hasilnya memang cantik dan tahan lama.

Sumber: Public Health Malaysia

BACA: Ini Cara Hapuskan Barang Elektronik Yang Sudah Rosak Daripada Anda Simpan Bertahun-Tahun