Daging Harimau Menangis Di Trademark Ibu Neelofa

Nama Daging ‘Harimau Menangis’ Cuba Di Trademark Ibu Neelofa?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Nama Daging ‘Harimau Menangis’ Cuba Di Trademark Ibu Neelofa Cetus Kontroversi

Sejak penghujung tahun lepas, menu daging ‘harimau menangis’ menjadi pilihan orang ramai untuk dicuba dan dilihat ramai peniaga yang menjual menu ini termasuklah ibu kepada usahawan dan selebriti terkenal Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed.

Mana tidaknya, melihat sahaja hirisan daging panggang yang telah diperap dengan rempah ratus lalu dihidangkan bersama pencicah sos masam-masam manis dan pedas akan membuatkan sesiapa sahaja terliur.

Tambahan pula, daging yang diberi nama harimau menangis ini harganya agak mahal berbanding bahagian daging yang lain kerana dikatakan bahagian dagingnya ini memang lembut dan mempunyai sedikit lemak.

Namun, tular baru-baru ini menerusi muat naik daripada seorang pengguna Twitter, @azrulhaqim meluahkan rasa kecewa apabila Datin Noor Kartini didakwa membuat permohonan tanda dagang (trademark) ‘Harimau Menangis’ sebagai nama produk keluarannya menerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Daging Harimau Menangis Di Trademark Ibu Neelofa

Dia tidak bersetuju sekiranya bahagian daging lembu yang dipanggil ‘harimau menangis’ itu dipatenkan memandangkan ia merupakan nama menu yang sudah lama diguna pakai.

Tambahan pula, perkataan ‘harimau menangis’ sudah pun terakam di dalam kamus iaitu kata nama am untuk sejenis potongan daging.

Daging harimau menangis – daging pejal pada bahagian dada di bawah tulang pinggang lembu, kerbau dan sebagainya.

Rata-rata netizen mempertikai dimanakah logiknya untuk mempatenkan nama daging tersebut dan beranggapan tindakan sebegitu telah ‘membunuh’ peniaga-peniaga kecil yang turut sama mengeluarkan produk makanan daging harimau menangis.

Lagi mengeruhkan situasi apabila beberapa perkongsian video melalui Instastory ibu Neelofa, didengari beliau memaklumkan nama resipi tersebut telah dipakai untuk produk keluarannya dan individu perlu mencari nama lain dengan nada berseloroh.

https://twitter.com/BafouraBakery/status/1349028457729060870

Disebabkan isu berkenaan, terdapat segelintir netizen yang mengusulkan mahu menghantar dan mengisi borang bantahan dalam laman web MyIPO terhadap tindakan tersebut.

Bagaimanapun, seorang lagi pengguna Twitter tampil dengan mengatakan Noor Khan Enterprise hanya mempatenkan stylish melibatkan logo atau tulisan pada bungkusan produknya.

“Rasanya nama tu tak boleh trademark, yang boleh trademark cuma stylize version bagi tulisan tu. Macam yang dia letak kat myIPO form dia. So orang still boleh guna, cuma bukan versi stylize yang sama. Macam jenama Bo55ku tu,” ciap @shupadupa.

Daging Harimau Menangis Di Trademark Ibu Neelofa

Ada juga yang berpandangan mungkin kontroversi yang tercetus ini hanyalah sebagai marketing untuk menaikkan lagi produk mereka.

Difahamkan, berkenaan tanda dagang ‘harimau menangis’ oleh Noor Khan Enterprise itu dimaklumkan baru sahaja membuat permohonan dan belum lagi disahkan MyIPO.

Diharapkan pihak syarikat tampil memberi penjelasan sebenar mengenai tanda dagang tersebut untuk menjernihkan keadaan.