Nak Tanam Ketum Kena Mohon Ini Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenainya 3

Nak Tanam Ketum Kena Mohon? Ini Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenainya

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pertengahan Januari tahun lepas, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa bergelar Timbalan Perdana Menteri Malaysia pernah mengeluarkan kenyataan bahawa sebelum dibenarkan untuk tanam ketum, perlu mendapatkan kebenaran pihak berkuasa termasuklah Kementerian Kesihatan.

Ini kerana ketum tidak oleh ditanam secara sesuka hati oleh orang awam dan sekiranya ditanam juga ianya akan menjadi satu kesalahan.

BACA: Raih Pendapatan Berganda, Pengusaha Haram Perkenal Menu Ketum Celup Tepung

Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD) bersetuju akta berkaitan penanaman ketum dipinda bagi memasukkan kesalahan menanam ketum tanpa kebenaran.

Nak Tanam Ketum Kena Mohon Ini Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenainya 1
Sumber: MalaysiaKini

Mengikut peruntukan undang-undang, bahan ‘mitragynine’ yang terkandung di dalam pokok ketum tersenarai dalam Jadual Ketiga, Bahan Psikotropik, Akta Racun 1952. Dikawal di bawah Seksyen 30, Akta Racun 1952 ialah akta pengawalan bagi import, eksport, pembuatan, penjualan dan lain-lain bahan psikotropik.

Pada ketika itu, Wan Azizah memaklumkan penanaman ketum adalah dibenarkan cuma apabila dituai dan dijual ianya telah menjadi kesalahan.

Akta Racun 1952

Sebelum ini, di bawah Akta Racun 195, aktiviti tanam ketum tidak menyalahi undang-undang dan hanya termaktub kepada mereka yang memproses dan menjual ketum. Namun dengan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Racun (Pindaan) 2019 ini tanaman ketum hanya dibenarkan tertakluk kepada terma dan syarat.

Pindaan ini dilakukan bag memastikan adanya kawalan yang jelas bagi mengelakkan penyalahgunaannya.

Rang Undang-Undang (RUU) Racun (Pindaan) 2019

RUU Racun (Pindaan) 2019 menyediakan peruntukan baharu yang memberi kuasa ke[ada Ketua Pengarah Kesihatan atau Pegawai Penguat Kuasa Farmasi yang dilantiknya, dengan izin pendakwa raya, boleh mengeluarkan kompaun atas kesalahan berkauitan racun dan tumbuhan psikoaktif.

Perlindungan akan diberikan kepada pegawai pelesenan, pegawai diberi kuasa, ahli Lembaga Racun atau orang yang bertindak atas arahan ketika menjalankan tugas mengikut Seksyen 34A akta ini.

Tanaman ketum dibenarkan

Tanaman ketum dibenarkan bagi tujuan penyelidikan, pendidikan dan perubatan tertakluk kepada terma dan syarat yang dibenarkan.

Nak Tanam Ketum Kena Mohon Ini Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenainya
Sumber: MalaysiaKini

Jika disabit kesalahan

Di bawah undang-undang baharu ini, mereka yang disabitkan kesalahan dicadangkan denda maksimum RM200,000 dan penjara tujuh tahun dan tidak melebihi 10 tahun.

Tanaman ketum di Kedah

Berita Harian sebelum ini melaporkan sekurangnya empat daerah di Kedah (Padang Terap, Kubang Pasu, Yan dan Sik) dikesan menjadi kawasan penanaman ketum terbesar di Malaysia dengan keluasan mencecah 100 hektar dengan anggaran mampu mengeluarkan sehingga 180 tan daun ketum dengan nilai pasaran mencecah RM3 juta bagi setiap tuaian.

Lucut hak milik

kerajaan negeri Perlis sedia melucutkan hak milik tanah dan pemegang Lesen Pendudukan Sementara (TOL) kepada mana-mana pemilik yang didapati menanam daun ketum biarpun tanah tersebut mungkin sudah diduduki pemilik dalam tempoh masa yang lama.