Nak Jimat Punya Pasal, Jutawan Kedekut Sanggup Makan Makanan Kucing 4

Nak Jimat Punya Pasal, Jutawan Paling Kedekut Di Dunia Sanggup Makan Makanan Kucing

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Jika anda membayangkan kehidupan sebagai jutawan itu makannya yang sedap-sedap sahaja, ketahuilah tidak semua begitu.

BACA: Bagaimana Seorang Bekas Pekerja Kilang Mampu Bergelar Jutawan Hanya Dengan Buka ‘Kedai Runcit’

Sebagai contoh yang berlaku pada seorang jutawan yang dikenali sebagai Aimee Elizabeth, 50 tahun ini.

Nak Jimat Punya Pasal, Jutawan Kedekut Sanggup Makan Makanan Kucing 1

Dalam satu temu bual, Aimee mengaku beliau sangat kedekut untuk membelanjakan walaupun satu sen untuk sesuatu yang tidak diperlukan dan berusaha untuk menabung.

Memiliki nilai kekayaan bersih sekitar USD5.3 juta (+-RM21.5 juta) pada 2020, Aimee turut mendedahkan beliau sentiasa mencari jalan untuk menjimatkan wang dalam kehidupan sehariannya.

Antaranya menghidupkan pemanas air selama 22 minit setiap hari untuk mandi pagi, menggunakan span basuh pinggan dalam tempoh yang lama dan hanya mengelap pisaunya dengan menggunakan kain.

Nak Jimat Punya Pasal, Jutawan Kedekut Sanggup Makan Makanan Kucing 3

Malah yang paling mengejutkan, beliau sanggup makan makanan kucing bagi menjimatkan kos sara hidupnya yang dianggarkan berjumlah USD1,000 (+-RM4,043) sebulan. Bukan itu sahaja, menu tersebut turut diberikan kepada tetamu yang datang ke rumahnya.

Hasilnya, Aimee berjaya menjimatkan lebih USD200,000 (+-RM808,500) dalam masa setahun – tidak termasuk kos-kos lain seperti pembersihan yang dilakukan bekas suaminya, Micheal Murrey secara percuma.

Biarpun sedar ramai yang jengkel dengan sikap berjimatnya, namun bagi Aimee selagi mana ia menjimatkan beliau tidak kisah dengan pandangan orang lain.

Tonton kehidupan Aimee di pautan bawah:

Sumber:

  1. The Sun
  2. TLC