Nak Jaguar Dapat BMW Pemuda Buang Kereta Dalam Terusan

Nak Jaguar Tapi Dapat BMW Jadi Sebab Pemuda Buang Kereta Dalam Terusan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dilabel sebagai tidak tahu bersyukur, seorang pemuda sanggup membuang kereta mewah jenis BMW ke dalam terusan kerana berang hajatnya tidak ditunaikan bapanya.

Pemuda yang dikenali sebagai Akash meminta bapanya, Sanjeev untuk memiliki sebuah kereta jenama Jaguar sempena hari lahirnya yang ke-22 berang apabila hanya menerima kereta BMW 3 series dan bertindak membuang kereta tersebut ke dalam terusan.

https://twitter.com/Jehlamtimes/status/1160130384962580480

Merakam perbuatannya dalam bentuk video dan menghantarnya kepada keluarganya, tiada tindakan dikenakan terhadap Akash kerana tiada laporan dibuat kepada pihak berkuasa.

Kereta yang diberikan kepada Akash bernilai lebih USD49,000 (RM266,268) merupakan hadiah daripada bapanya dua bulan lalu selepas menjual kereta jenama Toyota Innova yang diterima daripada keluarga mentua Sanjeev.

Nak Jaguar Dapat BMW Pemuda Buang Kereta Dalam Terusan 1

Walau bagaimanapun, bapa Sanjeev menafikan anaknya sengaja membuang kereta tersebut ke dalam terusan kerana berang tidak dapat memiliki Jaguar, sebaliknya mendakwa Akash terbabas setelah mengelak daripada rusa yang secara tiba-tiba melintas jalan.

Menurut laporan daripada polis, ibu bapa Akash menafikan berita yang tular bahawa Akash meminta dibelikan sebuah Jaguar selain mendakwa Akash turut memiliki masalah mental yang memberikan kesan kepada keputusan beliau.

Sumber: Newsweek

Tengah cari telefon bimbit baharu? Apa kata lihat-lihat dulu spec Vivo S1.

VIVO S1 : Offical launch in Malaysia

dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.