
Nak Iklankan Vape Tapi Guna Konsep Seakan Video L*cah, Tindakan Peniaga Ini Dikecam Hebat
Tular di laman media sosial baru-baru ini, satu jenama vape di Malaysia mengiklankan atau mempromosikan vape jualan mereka dengan menggunakan tema yang sama dengan beberapa video lucah di luar negara.
Penjual Melayu yang pastinya beragama Islam tersebut seakan tiada rasa malu menggunakan tema l*cah bagi melariskan produk jualan mereka. Seorang lelaki, Amirul Amzar yang juga salah seorang ahli Medical Mythbuster tampil menjelaskan kenapa perkara ini boleh berlaku.
Tarik minat golongan muda
Ramai yang terlibat dengan tabiat vaping ini ialah daripada golongan muda. Amirul turut menceritakan kisah seorang pelajar sekolah tingkatan dua yang cemerlang dalam pelajaran di sekolah terlibat dengan vape kerana terpengaruh dengan rakan sebaya mereka.
Golongan muda yang tengah membesar ini hormonnya tengah naik, jadi masing-masing mahu tunjuk hebat. Masa inilah ramai daripada anak muda mudah terjebak dalam kegiatan-kegiatan tidak sihat gara-gara tidak berfikir panjang.
Dan pada masa inilah juga keinginan seksual mereka tinggi. Bila tengok ramai perempuan-perempuan cantik di media sosial bervaping maka akan wujud satu anggapan bahawa wanita yang bervaping ini lebih mudah didampingi dan terbuka.
Dengan satu misi iaitu menjana keuntungan, penjual vape ini seakan sudah hilang moralnya dan lari daripada kenyataan kononnya vape adalah salah satu cara untuk berhenti merokok, sedangkan hakikatnya ianya sudah merosakkan ramai anak-anak muda yang menjadi harapan generasi akan datang.
https://www.facebook.com/DrAmirulAmzar/videos/10215603339338706/
Apa kata anda?
Sumber: Amirul Amzar
Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B1goVWQHAUi