
Nak Fahami Bahasa Kucing? Aplikasi Ini Bantu Anda Ketahui Apa Yang Si Bulus Mahu
Bagi peminat kucing, pasti pernah tertanya-tanya dan ingin mengetahui apa yang difikirkan kucing anda atau apa yang diperkatakannya.
Mungkin persoalan anda terjawab selepas mencuba aplikasi yang menterjemahkan bahasa kucing anda.
Dibangunkan oleh bekas pembangun perisian Amazon, Javier Sanchez, aplikasi MeowTalk mendakwa dapat menerjemahkan bahasa si bulus anda ke dalam bahasa manusia.
“Saya lapar”, “Jangan kacau!”, “Saya sakit” – antara frasa kucing yang dicadangkan oleh aplikasi MeowTalk untuk membantu pemilik kucing memahami haiwan kesayangan mereka.
Kajian menunjukkan bahawa kucing memiliki bunyi miau yang berbeza dan unik. Ada yang mengiau dengan kuat dan sebaliknya.
Jadi terjemahan oleh MeowTalk ini akan berbeza mengikut profil kucing anda.
Menerusi aplikasi MeowTalk, pemilik kucing boleh membantu melabel terjemahan frasa di samping membantu menambah daftar kata untuk dipelajari oleh kecerdasan buatan (AI), sekiranya merasakan perlu tambahan atau olah daftar kata.
Aplikasi ini sebenarnya bertujuan untuk membangunkan kolar pintar yang mana ia boleh menterjemahkan bunyi kucing melalui pembantu suara manusia pada kolar tersebut.
“Saya fikir ini sangat penting sekarang kerana, dengan semua penjarakan sosial yang berlaku, anda hanya mempunyai kawan yang berada di rumah iaitu – kucing,” kata Sanchez.
“Ini akan membolehkan mereka berkomunikasi dengan kucing mereka, atau sekurang-kurangnya memahami maksud kucing mereka, dan membina hubungan yang sangat penting.”
MeowTalk boleh dimuat turun secara percuma sama ada di Google Play Store atau Apple App Store.
Memandangkan ia masih dalam peringkat permulaan, maka terdapat juga ralat atau masalah kecil dalam aplikasi.
Antara respon yang telah dikongsi pengguna terhadap aplikasi MeowTalk ini:
“Buat masa ini, jika anda tidak menganggapnya terlalu serius, ini adalah aplikasi yang sangat menyeronokkan.”
“Konsep yang sangat hebat dan saya menikmatinya kerana kucing saya tidak pernah berhenti bercakap,” tambah ulasan lain.
“Kucing juga boleh mencari kasih sayang atau menunjukkan rasa tidak selesa mereka. Dalam bentuknya sekarang, aplikasi hanya boleh digunakan untuk sekadar hiburan.”
Right so I’m learning a lot about my cat from this MeowTalk app.. pic.twitter.com/uLNouso35T
— Amy Walker (@evilbatduck) November 18, 2020
Mungkin mood kucing ini tengah tak betul.
Anda juga cubalah aplikasi ini kepada kucing kesayanyan untuk melihat apa yang mereka fikirkan. Ingat, ini hanyalah sekadar hiburan!
Sumber: Awani
Trending now



