Tradisi Perkahwinan Pelik Di Dunia 2

Nak Cari Pasangan ‘Oversea’? Ini 5 Tradisi Perkahwinan Paling Pelik Di Dunia Yang Perlu Anda Tahu

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Perkahwinan adalah satu hubungan yang mengikat dua individu dalam ikatan pertalian suami isteri. Perkahwinan diiktiraf mengikut kepada tradisi, kepercayaan (agama), budaya dan lain-lain faktor.

Sebagai contoh di Malaysia, perkahwinan dijalankan mengikut kaum dan agama seperti kaum Melayu ada yang hanya cukup mengikuti perintah agama; rukun akad nikah tetapi ada juga yang mementingkan adat seperti merisik, meminang, bertunang, bernikah dan bersanding.

Tahukah anda, di dunia ini ada tradisi perkahwinan yang lebih aneh? Ini senarai lima jenis tradisi perkahwinan yang paling aneh di dunia.

1. JERMAN: menggergaji kayu balak

Selepas selesai upacara perkahwinan, pengantin lelaki dan perempuan akan diminta untuk melakukan tradisi baumstamm sägen iaitu memotong sebatang kayu balak yang besar kepada dua bahagian menggunakan kedua-dua tangan (gergaji) semasa dalam pakaian pengantin.

Tradisi ini dilakukan dengan simbolik kepada kehidupan selepas berkahwin, iaitu suami dan isteri perlu bekerjasama dalam menjalani kehidupan rumah tangga.

Tradisi Perkahwinan Pelik Di Dunia 3

2. SCOTLAND: pengantin perempuan dikotorkan dan diarak

Di Scotland, beberapa hari sebelum majlis perkahwianan, pengantin perempuan (kadangkala pengantin lelaki) akan ‘diculik’ oleh rakan-rakan dan keluarga. Mereka kemudiannya akan mengotorkan bakal pengantin dengan benda-benda kotor seperti bir, ikan rosak, tepung dan sebagainya sebelum diarak sepanjang jalan untuk dilihat.

Dengan melakukan tradisi ini, masyarakat di Scotland percaya kehidupan para pengantin akan berjalan dengan lancar.

 

3. PERANCIS: le Pot de Chambre

Tradisi di Perancis ini agak jijik dan menggelikan. Sebelum berakhirnya majlis perkahwinan, pengantin baharu di Perancis akan dihidangkan dengan satu bekas berisi lebihan arak (yang kadangkalanya dicampurkan dengan coklat cari, pisang ataupun tisu tandas.

Pengantin akan diminta untuk menghabiskannya sebelum mneinggalkan majlis dengan kepercayaan ianya akan membina stamina mereka.

Tradisi Perkahwinan Pelik Di Dunia 1

4. KANADA: Tarian stokin berwarna-warni

Di Kanada, sudah menjadi tradisi untuk adik-beradik yang belum berkahwin dan yang lebih berusia daripada pengantin akan menari dengan memakai stokin yang berwarna-warni dan pelik.

Tetamu yang berpuas hati dengan warna stokin dan persembahan mereka akan mencampakkan duit kepada kumpulan penari dan sebahagian besar daripada wang tersebut akan diberikan kepada pasangan pengantin.

5. INDIA: kasut disorokkan

Di India, tradisi joota chupai akan dijalankan iaitu semasa pengantin lelaki naik ke pentas persandingan, keluarga pengantin perempuan akan cuba untuk mencuri dan menyembunyikan kasut pengantin lelaki.

Sekiranya kasut berjaya disorokkan, pengantin lelaki perlu membayar sejumlah wang demi mendapatkan kembali kasut beliau.

Tradisi Perkahwinan Pelik Di Dunia

Jika anda berhasrat untuk mencari pasangan dari negara-negara di atas, maka bersedialah untuk menghadapi perbezaan sambutan dan tradisi perkahwinan yang berbeza dengan di Malaysia.

 

 

Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B1gTWGBnIWO/