Ladang Ternakan Ayam

Nak Bina Ladang Ternakan Ayam? Ini Isunya Yang Anda Perlu Pertimbangkan Dulu

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Krisis bekalan ayam di Malaysia kian meruncing dan orang ramai kini telah mula bercita-cita untuk membina sendiri ladang ternakan ayam di kampung.

Namun, bagi mereka yang sudah lama menceburi industri ini, bukan masalah kekurangan ladang ayam yang perlu diberi perhatian.

Seperti yang didedahkan oleh pasangan suami isteri ‘otai’ yang membina jenama Ayam Bismi, Mazlina Kamarudin MK dan Jaffri Ahmad Lan Bismi melalui hantaran yang dibuat di Facebook mereka ini.

Apakah sebenarnya masalah, karenah, dugaan dan halangan utama yang perlu dipertimbangkan terlebih dahulu oleh setiap usahawan ternakan ayam di Malaysia?

Jom ikuti nasihat dan pandangan mereka mengenai isu tersebut.

Ladang Ternakan Ayam

Isunya sekarang ialah bukan ladang ayam tak cukup.

Mommy nak ulas sikit isu ni. Sebab ramai dah masuk kampung cari tanah nak bina ladang ayam. Tapi selepas baca posting Mommy. Kalau nak buat juga ladang ayam. Silakan.

  1. Cari tanah tepi jalan tar. Atau jika masuk ke dalam. Make sure ada reserve jalan. Kalau tak ada reserve jalan. Make sure kita buat perjanjian mohon laluan untuk kenderaan, air dan letrik. Setiap perjanjian. Berilah sedikit sagu hati.
  2. Jika sudah dapat tanah yang disukai. Pastikan check zoning. Make sure zoning pertanian. Kalau zoning pembangunan masa depan seperti kilang. Siap kau. Tak akan dapat KM atau Kebenaran Merancang.
  3. Mohon KM. Jangan buat apa lagi di tapak. Hubungi Planner atau Perancang. Planner akan connect dengan Arkitek, Surveyor dan lain-lain geng depa. Mereka akan propose tataletak reban ayam. Sediakan duit ya. Bukan murah. Puluhan ribu.
  4. Selepas submit KM. Tunggu meeting. Mungkin 2 tahun baru selesai.
  5. Bila dah dapat KM baru boleh bina ladang ayam. Make sure juga orang kampung jadi kawan kita. Kalau dapat KM, JKKK pulak geram dekat kita. Nanti susah pulak. Kalau tak dapat KM. Mungkin TNB tak bagi bekalan letrik.
  6. Ohh ya lupa. Kalau ada kabel. Mungkin KM siap dalam masa 2 minggu. Selagi tak dapat KM. Jangan terebiang tolak tanah bagai. Nanti kena denda puluh ribu pulak.
  7. Bina ladang ayam. Cari Integrator. Bayar deposit.
  8. Integrator akan masukkan ayam. Beri dedak. Bila ayam dah matang. Ayam akan diambil oleh Integrator. Dan selepas tolak duit dedak etc. mereka akan bayar kepada kita duit untung kasar kita.

Apa yang Mommy nak cerita ni. Masalah kami kini bukan masalah ladang tak cukup.

Isunya sekarang ialah:

  1. Tenaga kerja tak cukup.
  2. Harga kawalan mencekik. Harga dedak pulak meningkat naik. Dan terus naik.
  3. Subsidi otw otw otw.
  4. Penyakit ayam yang berbagai-bagai dan ayam lambat besar kerana kualiti dedak yang kurang baik. Ini kerana kilang dedak terlalu menjaga kos. Disebabkan harga jagung dan soya meningkat.
  5. Ancaman import. Ancaman demi ancaman menyebabkan kami malas nak berusaha lebih. Takut nanti kami dah ternak ayam. Ayam Siam pulak masuk. Melopong!

Jika segalanya pulih. Insya-Allah bekalan ayam akan pulih seperti sedia kala.

Maka sebelum nak beli tanah untuk bina ladang ayam. Fahami dulu tulisan Mommy ini.

Kalau dah rasa. Aku yakin. Aku akan hadapi apa saja dugaan. Silakan. Mungkin awak ada kabel. Boleh dapat KM dalam 2 minggu.

“TAPI KENA INGAT JUGA. PENYAKIT HAWAR ATAU NEW CASTLE DISEASE TAK KENAL KABEL. KALAU KENA, BOLEH MATI SEMUA AYAM”

Maka anda kena hati-hati dan belajar menternak ayam dengan baik.

—–

2 Ladang Ternakan Ayam

Sejak akhir-akhir ini cerita ayam menjadi cerita panas di mana-mana. Jenama AyamBismi kini menjadi lebih dikenali oleh seluruh rakyat Malaysia. Ada juga rupanya syarikat Melayu/Islam yang terlibat dalam industri ini.

Saya telah terlibat dalam industri ini lebih dari 34 tahun. Bermula dari menjual ayam di Pasar Tani hinggalah kini mempunyai 4 buah syarikat Sdn. Bhd sekarang. 18 ladang dengan kapasiti 2 juta ekor ayam, kilang dengan kapasiti sembelihan 4,000 ekor sejam, ada makmal dan sebuah syarikat yang mengeluarkan “added value product “. Untuk membinanya bukan mengambil masa sehari dua.

Pernah beberapa kali dilamar oleh listed co milik non-muslim tapi saya menolaknya demi maruah bangsa Melayu dan agama Islam.

Kalau ditanya apa halangan utama untuk terus berkembang , saya menyatakan sistem birokrasi sangat-sangat memeningkan kepala.

Untuk menaik taraf atau membina reban ayam tertutup tidaklah semudah yang dirancangkan. Semuanya memerlukan kos dan masa yang panjang untuk mendapatkan kelulusan.

Karenah majlis adalah berbeza-beza mengikut negeri dan daerah. Perkara sebegini pun kerajaan tak boleh seragamkan sehingga ke hari ini. Peringkat atasan bercakap berdegang-degang konon-kononnya ingin membantu atau memudahkan, malangnya pegawai-pegawai yang berkuasa masih lagi dengan karenah yang bukan-bukan. Ada juga yang membantu tapi tak ramai yang ingin melihat kaum sebangsa maju. Kita orang Islam ada had-had batasan dalam menjalankan perniagaan tidak seperti bangsa-bangsa lain, mungkin itu sebabnya mereka lebih cepat maju kehadapan.

Modal bukannya halangan besar buat kami. Kami tak minta peruntukan berjuta-juta. Nak mengeluar ayam berjuta ekor pun boleh diusahakan. Banyak bank dan supplier ada di belakang untuk support.

Kalau kerajaan betul-betul nak lihat syarikat Bumiputra sebaris dengan syarikat-syarikat bukan Bumiputra menguasai pasaran, pandanglah kami, bantulah kami, permudahkan kami ..kami dah buktikan kami mampu lakukan untuk rakyat Malaysia memilih yang halal lagi toyibban …

..Insya-Allah we can do it.

BACA: “Dulu Pakai BMW, Sekarang Pakai Saga” – Menyingkap Industri Penternakan Ayam Di Malaysia Yang Semakin Mencabar

Sumber & kredit foto: Facebook Mazlina Kamarudin MK, Facebook Jaffri Ahmad Lan Bismi