Anak Lapar Susu

“…Nak Bagi Air Nampak Putih Sebab Anak Saya Lapar Susu” – Keluhan Bapa Ini Undang Simpati Ramai

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Mungkin ramai yang tidak sedar, dalam waktu yang amat sukar ini, masih ramai sebenarnya yang terkesan dan amat memerlukan bantuan untuk meneruskan kelangsungan hidup di luar sana.

Dikongsikan oleh Ustaz Nik Affenddy (UNA) di laman Facebooknya, Affenddy Mohamad sebuah kisah yang sungguh menyentuh perasaan ramai tentang susah payah dan pahit getir pengorbanan seorang bapa yang kini sedang diuji dengan dugaan yang amat besar dari Allah untuk dirinya sekeluarga.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan kesedaran dan lebih ramai pihak akan tampil selepas ini untuk sama-sama menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Anak Lapar Susu

Assalamualaikum semua😭😭

TAK TAHU NAK CERITA DARI MANA.

Dah tulis, saya padam.

Dah padam, tulis balik.

Saat saya menulis coretan ini, tangan saya gementar. Jantung saya laju.

Demi saudara Islam, yang sama BERSYAHADAH, saya gagahkan untuk berkongsi kisah ini.

Allahuakbar.

“SAYA TEPUK-TEPUK TIN SUSU SEBAB NAK BAGI AIR NAMPAK PUTIH SEBAB ANAK SAYA LAPAR SUSU”. Ini ungkapan yang saya tak akan lupa dalam perbualan dengan seseorang petang tadi😭

Cerita ni sangat berat untuk saya kongsikan. Banyak yang saya fikirkan. Banyak perkara yang saya pertimbangkan. Namun, saya gagahkan juga untuk bercerita. Bacalah dengan hati, fahamkan apa yang berlaku ini. Keadaan ini memang ada.

Petang tadi, saya terserempak dengan kenalan saya. Dia ni saya tak kenal terlalu rapat. Kenal dia dulu di sebuah kedai makan. Masa tu dia kerja pembancuh air. Orang Kelantan juga macam saya.

Lepas potong rambut dengan anak petang tadi, saya keluar awal dari kedai. Nak ambil barang dalam kereta. Masa jalan keluar tu, saya nampak kelibat seseorang yang saya kenal. Masa tu dia pakai “mask”. Awalnya saya tak cam sangat.

Kemudian dia datang menghampiri saya. Wajahnya nampak letih. Badannya kurus sikit berbanding yang pernah kenal dulu.

“Assalamualaikum Ustaz”. Dia beri salam. Kedengaran dia macam tercungap sikit. Seolah saya dapat meneka sebab apa suara dia macam tu. Tapi saya simpan hanya meneka sahaja.

“Walaikumussalam Bos! Eh lama tak jumpa! Macamana sekarang? Kerja kat mana? Lama tak nampak”

“Ustaz, saya dah tak ada kerja. Hari tu kerja pemandu dengan seorang bos. Dia dah pecat saya. Saya hilang sumber pendapatan”. Dia mula bercakap. Nadanya perlahan. Perutnya berombak. Nafasnya macam tersekat.

Tekaan saya macam seakan betul. “Dia ni macam sedang lapar”. Detik saya dalam hati.

“Eh, kenapa macam tak makan sehari ni? Ke memang tak makan lagi?”. Tanya saya meneka. Tak tahan saya tengok macam tu. Nak tahu jawapan dari dia.

“Ha ahh..saya dop makan lagi. Sehari ni belum jamah makanan. Tapi tak apa ustaz, saya tak makan tak apa. Anak-anak saya tak makan, tu yang saya sedih”

“Tadi saya sempat balik rumah kejap, anak-anak berdiri depan pintu rumah tanya saya.

“Ayah, lapar. Ayah beli makanan tak?” Anak-anak tanya saya, dan saya terus gerak keluar. Tak sanggup nak masuk rumah. Saya keluar cari kerja ustaz”. Sambung dia. Masa ini, air mata dia bergenang.

Allahuakbar. Saya tengok dia macam nak menangis depan saya. Tapi dia tahan. Nampak betul-betul dia tahan.

Saya tanya dia “Dah pergi minta kerja kat mana bos?”

“Merata ustaz. Antaranya kedai makan. Bila saya cakap, saya boleh kerja waktu sekian-sekian sebab anak-anak sakit, dan isteri strok sebelah badan, tuan kedai tak terima saya kerja. Mereka rata-rata nak yang boleh kerja malam sahaja. Saya tak boleh tinggal rumah waktu malam. Isteri tak dapat uruskan anak-anak dengan sempurna. Lepas dia kena strok, majikan dah buang. Dia kerja bank ustaz. Kami hilang pendapatan sekelip mata”

“Kerja saya dulu pun tak dapat nak teruskan sebab kena jaga anak-anak dan isteri. Pergerakan saya terbatas”. Sambung dia dengan nada sebak dan perlahan.

Saya diam. Tarik nafas untuk aturkan percakapan kembali. Berat saya rasa kes ini.

Kemudian saya tanya “ada pampasan tak?”

“Tak dapat. Lagi setahun dia nak permanent ustaz, ujian ni datang. Dia dibuang sebelum tempoh dia permanent. Allahuakbar…ujian berat sungguh untuk kami”

Saya pun tanpa buang masa, terus ajak dia ke kedai makan. Nampak gaya, saya kena dengar banyak cerita dia. Sebab nampak sangat dia sedang mencari pertolongan seseorang yang betul-betul dapat bantu dia.

Kami pun bergerak ke kedai makan berhampiran. Selepas selesai order, saya pun persilakan dia makan.

Dia makan dengan sungguh-sungguh. Allah…menitis air mata saya. Anak lelaki saya bisik kat saya “Abah, abang tak leh tahan. Abang nak minta izin naik kereta. Abang akan nangis kalau duduk sini”. Anak lelaki saya bisik kat saya. Saya izinkan dia masuk kereta. Saya faham perasan anak bila lihat seorang ayah sedang lapar sebab cari makan untuk keluarga.

“Ok, bos…sambung cerita tadi…saya nak fahamkan situasi demo”. Saya ajak dia bercerita lebih panjang dan detail.

“Ustaz, begini..isteri saya tiba-tiba kena strok. Sebelah muka dia berubah. Bengkak. Ini gambarnya”. Dia tunjuk gambar isterinya yang kena serangan strok. Memang bengkak. Mata kanan dia pun agak menonjol keluar. Allahuakbar. Terkejut saya tengok.

“Saya ni lepasan SPM je. Kerja biasa-biasa. Isteri orang kerja bank. Dia ada degree. Bila jadi macam ni, dia hilang kerja serta merta. Saya pula tak dapat fokus kerja sebelum ni sebab kena jaga dia dan anak-anak”

“Semalam anak saya lapar susu. Saya tepuk-tepuk tin susu sebab nak bagi air nampak putih, anak saya lapar susu”. Ini ungkapan yang saya tak akan lupa😭

“Saya terpaksa buat macam tu walaupun susu memang dah habis. Kalau tak, dia tak minum sebab ingat air kosong. Saya nak bagi nampak putih je. Lepas tu nampak dia minum sedap”

😭😭😭😭

Allahuakbar. Dia menangis. Saya juga menangis!! Allahuakbar. Saya tak kisah dah orang tengok ke apa ke…Saya betul-betul tak sangka, cerita macam ni boleh ada depan saya.

Real!!!

“Ustaz, isteri saya tertekan. Masa anak ni dalam kandungan, dia nak gugurkan anak ni. Dia sanggup pergi klinik senyap-senyap tanpa saya tahu. Sebab katanya, hidup mereka susah dan tak nak tanggung lagi susah jika anak ni lahir”

“Saya cakap dengan dia, awak…kita ni susah tak pernah pun mati lapar. Anak 3 sebelum ni kita masih boleh makan. Jangan sebab anak nombor 4 ini kita rasa susah. Lepas saya bagitau macam tu, isteri saya menangis”. Terang dia dengan sebak.

“Ustaz, ujian kami…masa dia di sahkan mengandung, masa tu dia sedang dalam ujian sakit ni. Lepas dia dah pulih sikit, dia nak gugur anak ini”. Masa ni dia menangis merah muka.

“Bos, kawe respect demo. Demo sangat kuat. Nampak demo sebagai ayah yang baik dan suami baik”. Saya tepuk atas bahu dia.

“Ustaz, kawan-kawan pelik dengan saya. Semua cakap, kalau kena kat orang lain, dah tinggal isteri keadaan macam ni.Tapi saya tetap jaga dia. Saya tetap akan sayang anak-anak dan isteri saya walaupun dia macam ni”. Dia sambung cerita.

Nampak bercahaya mata dia bila cerita pasal isteri dan anak-anak dia.

Dipendekkan cerita, saya pun niat nak bantu mana boleh. Saya minta dia senaraikan berapa perkara yang nak diselesaikan urgent. Mana boleh saya bantu, saya bantu. Insya-Allah.

Dia pun cerita. Nampak segan mulanya. Dia kalau boleh tak nak pinjam duit atau meminta-minta. Dia nak kerja yang boleh dapat duit sendiri. Lagi cepat kerja, lagi bagus! Tak nak meminta dan meminjam. Tapi saya paksa untuk kali ini.

“Tak apa, senaraikan sahaja. Saya nak tengok apa boleh saya bantu”. Gesa saya dengan lembut.

Ini perkara yang dia senaraikan.

1-Rumah tertunggak = RM1,800

(RM600 sebulan. Tertunggak 3 bulan nak masuk bulan ke-4)

2-Bil api = RM800 lebih

3- Bil air = RM100 lebih

4- Susu anak, pampers, beras, telur dan minyak masak = RM200

“Ini sahaja ustaz. Saya tak minta penuh. Kalau dapat hutang, saya nak separuh pun tak apa”. Yang penting, susu anak dan bayaran rumah tertunggak.

“Malu kat jiran. Tuan rumah awalnya berlembut. Sekarang datang waktu maghrib dan marah-marah sampai jiran kiri kanan dengar. Tebal muka saya malu”. Sambung dia.

“Ok, macam ni…balik nanti saya transferkan mana yang boleh ya”. Kebetulan masa tu telefon saya dah mati. Tak leh transfer masa tu.

“Bos, esok kita jumpa lagi. Nanti saya terangkan apa yang boleh saya bantu lebih lagi ya. Kita buat sama-sama ya”. Saya pelawa dia kerja dengan saya.

Dia nampak happy! Dia cakap, “Ya, saya nak kerja. tak nak minta-minta. Tebal muka saya ustaz. Kalau bukan sebab anak nak minum susu, saya tak terus terang dengan ustaz macam ni”. Dia lap saki baki air mata di pipi dan nampak muka dia dah happy sikit.

Masa bangun nak bersalam untuk berpisah,

Dia pun peluk saya. Menangis atas bahu saya. Kemudian dia cakap “Ustaz nak keluar rumah hari ni, saya doa YA ALLAH, HANTARKAN ORANG YANG BOLEH BANTU AKU YA ALLAH…HABIS SUDAH DAYA USAHA AKU”

“Ustaz, Allah makbulkan doa saya. Kuat hati saya bila nampak ustaz tadi, seolah hati saya macam cakap KAU PERGI JUMPA USTAZ…BAGITAU DIA APA KAU NAK SEKARANG”. Dia jelaskan dengan sebak.

Allahuakbar 😭

Patutlah petang ini aku nak sangat keluar gunting rambut. Walhal dah plan 3 minggu lepas lagi. Hari ini rasa nak keluar sangat. Isteri saya pun pelik. Ajak anak, dia pun mudah je nak pergi sama.

Rupanya ini yang Allah nak aturkan.

Ya Allah, terima kasih banyak Ya Rabbi 😭😭😭

Sahabat-sahabatku semua,

Doakan saya dapat bantu dia keluar daripada masalah kewangan dia sekarang ini ya. Moga Allah luaskan rezekiku, dan rezeki kita semua untuk kita bantu insan-insan macam dia yang ramai di luar sana.

Esok, plan saya ialah, saya nak bantu dia keluarkan modal saya sikit untuk belikan dia barang berniaga yang boleh dapat duit cepat. Dia pernah ada pengalaman buat sales tau! Dia nak duit cepat.

Dari perbincangan kami, dia sanggup jual barang untuk dapat duit cepat. Kebetulan saya ada kenal founder produk minuman ni. Saya nak keluarkan modal untuk beli stok esok. Saya nak bagi dia berniaga terus.

Ini untuk bantu dia dalam masa yang segera. Untuk “long term”, saya akan minta dia bantu saya dalam bidang training. Tengok la macamana apa boleh saya bantu. Mungkin kami dapat kerjasama. Mana tahu kan?

Ya Allah,

Ampunkan aku atas kelalaianku kepada kesusahan saudara-saudara Muslimku.

Ini sahaja yang aku mampu😭😭

Moga ia tidak masuk dalam catatan akaun dosaku.

Allah hantarkan dia untuk saya belajar.

Saya tulis ini untuk kita semua belajar.

Malam yang tenang…Tidur yang lena…Esok aku akan terus berjuang!! Untuk sedaya mampu sebelum pergi berjumpa Tuhan.

====

Ustaz Nik Affenddy (UNA)
#catatanustazuna

BACA: Penganggur Di Kuching Terdesak Merompak Nak Beli Susu Dan Lampin Dipenjara Enam Tahun

Sumber: Facebook Affenddy Mohamad