Najis Lembu Ubati Koronavirus

Najis Lembu Penawar Wabak Koronavirus – Presiden Parti Politik India

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Presiden politik India percaya najis lembu boleh jadi penawar kepada wabak koronavirus yang melanda China kini sudah meragut nyawa sekurangnya 304 mangsa setakat laporan semalam dengan kes jangkitan melebihi 14 ribu orang.

https://www.facebook.com/odisimy/posts/1822908087842399?__xts__%5B0%5D=68.ARB1SiYfRWYOdliguJ7pCBSrJ6h39MV5CDjgWa8xzTywFyYXFAHcT5BD8fZiPhr_Z3xSiXU3DrkqF2PW2LWI18eeiQC1ZwRpvTeNkU58gfBuVZqfd0JnZ7UyH8VU-Jbq2WXYvSeoyxQEcnpKsE9snkbYiX68WDwlNBZ7OoOQIG_jOAxVsJEzZS3AKsmJS6KJGrUx40s-tkZlbOrX9gLZa__8W1LpSxcFKnT4_QayKhS1TPDL3tv8eMUKOf4-jy4DI_lmcm_r5jzABlqrjHmTG_YnvUXo-MVo5S2AJCzUkTPM6bVV7KDyzkOxOrJv_wGT_so&__tn__=-R-R-R

Sehingga kini, para saintis masih lagi belum menemui vaksin kepada wabak ini kerana ianya merupakan wabak baharu yang dikenal pasti mengandungi kod protein virus yang hampir sama dengan sampel badan ular.

 

Najis Lembu Ubati Koronavirus 1

Akan tetapi presiden sebuah parti politik di India, Presiden Swami Chakrapani Maharaj daripada Parti Hindu Mahasabha mendakwa dengan menggunakan najis lembu sebagai penawar iaitu najis lembu dan air kencing.

BACA: Hospital Pertama Pesakit Koronavirus Sudah Siap Dibina, Mula Operasi Hari Ini

Dengan menggunakan ritual khas yang dipanggil yagna, kedua ‘bahan’ tersebut akan dilumurkan pada badan mangsa dengan teriakan Om Namah Shivay dikatakan boleh mengubati wabak koronavirus yang kini sudah melanda lebih 13 buah negara termasuklah Malaysia.

Selain daripada beliau, Ahli Agama Indonesia percaya ruqyah dapat merawat wabak koronavirus. Memetik laporan daripada Sindonews, Prof. Dr. Ahmad Zahro yang merupakan tokoh dalam Ilmu Fiq’h di Universiti Islam Negeri (UIN) Sunan Ampel Surabaya percaya ruqyah merupakan rawatan yang paling berkesan berbanding dengan perubatan moden.

Yang paling penting, perlu yakin pada Allah, tidak boleh sombong dan tidak boleh terlalu takut kerana wabak dari Wuhan berkenaan tidak akan merebak kepada mereka yang taat pada Tuhan, sentiasa berzikir dan mengikut sunnah nabi.

“Hampir semua penyakit terjadi kerana adanya syaitan, termasuk virus korona. Ini perspektif spiritual, soal percaya atau tidak, tak jadi masalah.”

Sumber: Outlook India